Friday, 11 October 2013

BUNUH : Muka Pecah Ditembak Jarak Dekat

Seorang ahli perniagaan yang sedang minum di sebuah restoran di Kajang selepas bermain badminton, maut apabila ditembak pada jarak dekat kira-kira 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata R Appalasamy, 47, sedang duduk di restoran berkenaan apabila seorang lelaki yang memakai topi keledar berpenutup muka penuh tiba-tiba meluru ke arahnya dan melepaskan dua das tembakan.

"Tembakan itu mengenai bahagian muka dan dada mangsa. Dia dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.


Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang dekat sini untuk dibedah siasat.-Malayan Fighter


DS : Sejak ISA dimansuhkan Malaysia saling tak tumpah macam Mexico beb, Malaysia asalnya aman kini pembangkang sorak gembira kerana mereka jenayah berleluasa.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
BUNUH : Muka Pecah Ditembak Jarak Dekat Daeng Selili Rating: 5 Friday, 11 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!