Tuesday, 8 October 2013

BUNUH! 6 Didakwa PLKN Wajar Ada Pendekatan Baru #PLKN

Sebaiknya pendekatan baru perlu ada dalam mengendalikan aset dan permata negara ini yang pergi PLKN. Mungkin 1 minggu pertama tu dikhaskan untuk sesi menyesuaikan diri atau diadakan "SPY" dikalangan para pelatih/jurulatih untuk meminimunkan sebarang perkara diluar jangkaan, mungkin dengan cara lebih berhemah mungkin.

Bila belaku kes-kes yang sedemikan rupa secara melulu orang akan bercerita tentang keburukan  PLKN jika diteruskan (kerana ini adalah salah satu idea pembangkang yang mahukan para belia-beliawanis tidak didedahkan dengan latihan mendisiplinkan diri dan kewajipan mempertahankan tanah air. )

Kemalangan boleh belaku dimana-mana tetapi mestikah kita hanya menolak kepada takdir dan cuba sedayanya?! Aku menyokong PLKN ini kerana ianya sangat bagus dan  aku lihat majoriti yang pulang setelah selesai berkhusus lebih bermotivasi dan beretika berbanding dengan tiada apa-apa tindakkan yang melibatkan belia pada sebelum ini (walaupun dulu ada PKSN - Program Khidmat Sosial Negara)

Laporan Berita Harian: 

Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh rakan pelatih lain pada 22 September lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun dari Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Rompin, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan niat mengakibatkan kematian Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, dari Kerdau, Temerloh di kem berkenaan. 

Selain tertuduh pertama, lima lagi pelatih kem berkenaan berusia antara 17 hingga 23 tahun turut didakwa di mahkamah sama di hadapan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana bersama-sama dengan niat menyebabkan kecederaan dengan sengaja terhadap Muhammad Suhaimi antara jam 1.30 petang hingga jam 10.30 malam, tarikh yang sama. 

Mereka ialah Muhammad Syafiq Izzad Roslan, 18; Mohd Nazeri Mustafa, 21 dan Mohd Firhan Hafizi Ismail, 23, manakala dua lagi masing-masing berusia 17 tahun. 

Kelima-lima pelatih itu bagaimanapun dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Syamsul Kahar Nadri, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Farid Aziz, Osman Abdullah dan Noor Adilah Zarian. 
Mahkamah menetapkan 11 Disember ini bagi sebutan semula kes tuduhan remaja berusia 17 tahun mengikut Seksyen 302 itu, yang boleh dihukum mati mandatori. Tarikh sebutan semula bagi lima tertuduh lain ialah 13 November ini.

Muhammad Suhaimi ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik air kem berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam. - BH


Nak harap orang join Sukarelawan RELA??! Berapa kerat je join itupon orang kampung tua bangka...Nak tengok orang muda ramai2 join??Jauh sekali..







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
BUNUH! 6 Didakwa PLKN Wajar Ada Pendekatan Baru #PLKN Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 8 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!