Friday, 11 October 2013

Buku Untuk Senarai Calon Bertanding

Ibu Pejabat UMNO hari ini mengedarkan buku senarai calon-calon yang bertanding pada pemilihan sayap parti kepada pengamal media bagi memudahkan mereka membuat rujukan dan panduan sempena pemilihan sayap UMNO Sabtu ini.

Setiusaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berkata senarai tersebut akan turut digunakan oleh para perwakilan di peringkat bahagian bagi pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk memudahkan mereka membuat rujukan serta pilihan pada hari membuang undi nanti.


“Ianya tertera nama dan nombor calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding.

“Ibu Pejabat hanya mencetak kertas undi berdasarkan kepada jawatan yang dipertandingkan dan bukannya jumlah calon yang bertanding. Oleh itu perwakilan mestilah menggunakan buku tersebut sebagai rujukan untuk membuat pilihan calon masing-masing.

“Kita telah edarkan mulai semalam dan dijangka siap dalam masa terdekat dan ianya dicetak mengikut jumlah perwakilan sayap. Buku ini akan memudahkan para perwakilan melihat calon-calon yang bertanding,” katanya.

Tambah beliau lagi buku tersebut yang diedarkan di peringkat bahagian seluruh negara turut mengandungi tatacara untuk membuang undi oleh para perwakilan nanti. –MU



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Buku Untuk Senarai Calon Bertanding Daeng Selili Rating: 5 Friday, 11 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!