Sunday, 20 October 2013

Azwan Gagal Saingi Datuk Ibrahim

AZWAN BRO GAGAL BUAT KEJUTAN, TEWAS DI PASIR SALAK!

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan tewas kepada pencabarnya, Datuk Ibrahim Katop dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak pada semalam.

Ibrahim Katop yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian itu memperoleh undi sebanyak 422 berbanding Azwan.

Gandingan Azwan iaitu Datuk Zainol Padzi, yang juga Exco Kerajaan Negeri tewas kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam persaingan merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak. Tajuddin memperoleh 435 undi untuk terus mengekalkan jawatan itu.

Usaha Azwan dan Zainol yang bergandingan untuk merampas kepimpinan UMNO Pasir Salak ternyata gagal. Tajuddin dilihat masih relevan dan mendapat sokongan padu daripada perwakilan walaupun beberapa pihak tidak bertanggungjawab cuba menabur fitnah dalam kempen sebelum pemilihan termasuk di dalam ruangan media siber.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak sebelum ini turut memperoleh keputusan cemerlang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila majoriti undi diperolehnya meningkat. - sumber


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Azwan Gagal Saingi Datuk Ibrahim Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 20 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!