Saturday, 12 October 2013

AWAS Sindiket Tipu Umrah Dan Haji



SCAM ALERT : Pihak Polis menasihati orang ramai terutamanya golongan yang ingin mengerjakan ibadah haji dan umrah ini supaya berhati-hati semasa berurusan dengan individu mahupun sindiket yang menawarkan pakej perkhidmatan mengerjakan haji atau umrah. Antara modus operandi mereka ialah :

  • Suspek (individu atau kumpulan) ke rumah pengadu dan menawarkan pakej perkhidmatan menunaikan haji atau umrah kepada pengadu dan isteri serta meminta wang proses pergi haji atau umrah.
  • Pengadu terpengaruh seperti dipukau lalu menyerahkan harta benda dan sejumlah wang yang banyak untuk proses terbabit.
  • Suspek memberitahu akan datang kembali untuk membawa pengadu dan isteri ke Lembaga Tabung Haji tetapi hingga sekarang suspek tidak datang.
  • Pengadu serahkan wang kepada suspek untuk uruskan jemaah umrah beserta pasport tetapi sehingga kini suspek masih memberi alasan dan berjanji pulangkan wang pengadu tetapi gagal.







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
AWAS Sindiket Tipu Umrah Dan Haji Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 12 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!