Wednesday, 9 October 2013

AS Lancar Wang Kertas Baru?!

Amerika Syarikat semalam melancarkan wang kertas AS$100 dolar baharu yang dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.

Pertukaran wang kertas tersebut adalah yang pertama sejak tahun 1969.

Wang kertas AS$100 memainkan peranan utama dalam transaksi tunai di selu- ruh dunia melibatkan pelbagai golongan termasuk peniaga kecil dan pengedar dadah.

Bahagian hadapan wang kertas baharu itu memiliki potret negarawan AS, Benjamin Franklin manakala belakangnya tertera gambar Dewan Deklarasi Kemerdekaan di Philadelphia.

Di tengahnya tertera reben keselamatan biru bersama sejumlah imej loceng halus dan angka 100 yang kelihatan seperti bergerak apabila wang kertas itu berganjak.

"Reka bentuk baharu ini bertujuan untuk mencegah sindiket pemalsuan mata wang yang semakin canggih," kata seorang pengurus Rizab Persekutuan, Sonja Danburg.

Buat permulaan, kerajaan mencetak sebanyak 3.5 bilion wang kertas itu yang diedarkan di seluruh AS bermula semalam.

"Namun, wang kertas AS$100 lama masih boleh digunakan selagi ia berada dalam pasaran," jelas Danburg. - AFP



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
AS Lancar Wang Kertas Baru?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 9 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!