Saturday, 26 October 2013

Apa Itu GST?! #GST

Geng geng Pakatan rakyat sedang meroyan pasal GST.. Pakai formula entah apa2.. Tak pe Itu kesan sampingan dari makan dedak.. Maaf kan depa, Aku terangkn secara ringkas, Harap korang boleh faham :
  • GST ialah ’Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan .
  • Selama ini kita dikenakan SST iaitu ‘Sales tax and Service tax’ atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
  • GST ini akan mengantikan SST.
  • SST ini biasanya kita nampak pada bil Astro, bil telekomunikasi, internet, McD, Pizza atau KFC, pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax).
  • GST yang dilaksanakan adalah pada kadar 6% iaitu lebih rendah daripada SST .



#Perkara Asas

GST ni ada 4 perkara asas yg perlu tahu :

1) GST adalah replacement kepada SST
a) GST : Goods and Services Tax
b) SST : Sales tax and Service tax
2) GST terbahagi kepada 2 : 
a) Cukai Input
b) Cukai Output

3) Cukai Input boleh di tolak/ di tuntut

4) GST : Cukai yg di kenakan kepada:
a) Pembekal
b) Pengilang
c) Pemborong
d) Peruncit

#Pengiraan

Cukai yg di kenakan kpd setiap level (no 4 di atas) adalah 6% sepertimana yg di umumkan oleh YAB Perdana Menteri. 

Katakan entiti yang di perniagakan adalan RM 10 ( harga Jualan )

#Level 1 ( Pembekal )

Harga Jualan : RM 10

Maka, 
cukai output = RM 10 x 6% = RM 0.6 
cukai input = 0

Dengan kata lain, cukai yg dikenakan adalah : RM 0.6 (Persamaan 1)

#Level 2 (Pengilang)

Menjual barangan itu dgn harga RM 50

Maka,
cukai output = RM 50 x 6% = RM 3
Cukai input = RM RM 0.6 (lihat di atas)

Dengan kata lain, cukai yg dikenakan adalah : RM 3 - 0.6 = RM 2.40 (Persamaan 2) 

ingat... Cukai input boleh dituntut.. Itu sebab..... - RM 0.60

#Level 3 ( Pemborong )

Harga Jualan Pemborong = RM 70

Maka,
cukai output = RM 70 x 6% = RM 4.60
Cukai input = RM 3 

Dengan kata lain, cukai yg dikenakan adalah : RM 4.20 - 3 = RM 1.20 (Persamaan 3)

#Level 4 (Peruncit)

Harga Jualan Runcit = RM 100

Maka,
cukai output = RM 100 x 6% = RM 6
Cukai input = RM 4.20 

Dgn kata lain, cukai yg dikenakan adalah : RM 6.00 - 4.20 = RM 1.80 (Persamaan 4)

TOTAL CUKAI YG DI KENAKAN ADALAH = Persamaan 1 + 2 +3 + 4

= RM 6.00


#Pengiraan_SST

Menggunakn contoh di atas.. 

Harga runcit adalah RM 100

Maka, 
RM 100 x 10% = RM 10 (tak campur lagi gov tax 5%)


#Kesimpulan

Berdasarkn contoh di atas maka :

GST = RM 6
SST = RM 10 ( tak campur lagi gov tax 5%)

Untungkan?

#Pengiraan OTAK MACAI PR

a) Pembekal : RM 10 x 6 % = RM 0.60
b) Pengilang RM 50 x 6% = RM 3
c) Pemborong RM 70 x 6 % = RM 4.20
d) Peruncit RM 100 x 6% = RM 6

TOTAL = RM 13.80

Zaman sekolah salu ponteng.. Beginilah jadinya.. 
Macai-macai bodoh lama tak habis lagi... Bodoh baru dah sampai pulak..Siap nak demonstrasi lewtuuu


thank to Mr. Aznil Hisham
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Apa Itu GST?! #GST Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 26 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!