Monday, 7 October 2013

Anak Wira Negara Selamat Dilahirkan

Hampir menitis air mata admin melihat kuasa Allah swt mengantikan seseorang yang hilang demi mempertahankan tanah air ini. Semoga anak ini bakal menjadi penggalas harapan tanah air seperti ayahanda beliau.


Balu Allahyarham ASP Zulkifli bin Mamat, Nor Aziah Nor, 28 selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 4.07 pagi tadi.(semalam)

Bayi seberat 3.25 kg itu merupakan anak ketiga pasangan tersebut selepas memiliki dua anak lelaki masing-masing berusia 5 dan 1 tahun.

Arwah Zulkifli terbunuh semasa kandungan Nor Aziah baru berusia beberapa minggu, ketika mempertahankan negara daripada serangan pengganas Sulu dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini.

Dalam operasi tersebut, enam lagi pegawai dan anggota polis turut terkorban namun serangan pengganas itu berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan negara. - mynewshub


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Anak Wira Negara Selamat Dilahirkan Daeng Selili Rating: 5 Monday, 7 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!