Friday, 25 October 2013

Amuk : Salah Menuntut ilmu atau Menuntut ilmu Salah?! [video]

" Ustaz mail dahulu salah satu ilmu bathil yang pernah dia terambil time2 dia jahil ialah ilmu kebal. masa 13 mei 1969. Masa tu ramai org melayu terambil ilmu nie dgn alasan yang sama iaitu darurat dan terpaksa. Itu adalah satu masa yang malang bagi org islam melayu kerana ramai yang terambil ilmu mcm nie." [artikel 2013/03]


Aku bukan nak cerita pasal kejadian amuk semalam,pastinya ramai memperkatakan tentang adanya penuntut ilmu salah atau apa-apa yang sama erti dengannya.

Dari apa yang aku amati (kronologi dan video) aku hanya dapat simpulkan individu tersebut tidak mustahil adanya menuntut ilmu sebarang atau memang gila babi. mana tidaknya duk rodok orang sesuka hati macam filem KL Gangster (yang dicetak rompak dek Geng Sendiri hahaha..)

Insident semalam pastinya boleh dijadikan modal politik cerita kononnya rakyat Malaysia hari ini tertekan dengan keadaan pengangguran, kos sara hidup atau tekanan mental yang melampau dantidak mustahil peguam peguam pembangkang pasti akan cuba menyelam minum air untuk mendapatkan mileage dengan menjadi peguam bela macam kes rompak mamat sekuriti tu.

ilmu salah antaranya cukup popular dikalangan dewasa ini walaupun dunia kini dipenuhi dengan kemajuan dan kemodenan yang dituai dari kemakmuran negara tercinta Malaysia. tetapi ada yang cuba cuba mendekatkan diri dengan perbuatan syirik (nauzubillhiminzalik) dengan menuntut ilmu yang bukan-bukan dan tidak tahu asal usul terutama dari ustaz-ustaz yang didatangkan dari seberang laut iaitu indonesia (bukan tuduh tapi memang ia benar).

Korang pernah tengok filem KURAFAT yang diadaptasikan dari kisah benar pengamal ilmu hitam (pengasih). Agaknya begitulah jadinya halusinasi mamat yang mengamuk semalam.

 Kepada pembaca yang bijak lagi bestari aku ingin menasihatkan korang dan diri aku sendiri juga agar kita sentiasa berada dekat dengan Allah swt dan sentiasa patuh kepada suruhannya. Dan kita mestilah menjaga keselamatan diri kita kerana sekarang tengah memandu pon boleh diserang oleh orang gila dan gangster anak haram ini. takkan kita nak kalihhamput semua dibahu penguatkuasa polis, Polis bukan tahu seseorang tu gila ke apa ke..Pintu belakang rumah tu kalau nak roboh robek elok ditukar, mangga pagar dah karat tukar baru, rumah tak ada pagar..pasang pagar...



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Amuk : Salah Menuntut ilmu atau Menuntut ilmu Salah?! [video] Daeng Selili Rating: 5 Friday, 25 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!