Saturday, 12 October 2013

Aeril Zafrel Sah Wawa Zainal Punya!!

Setelah sekian lama berdolak-dalik, akhirnya pasangan artis, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membuat pengakuan bahawa mereka sebenarnya telah bernikah pada awal 2012 lagi.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia, tanpa mengumumkan kepada pihak luar.

Bagaimanapun, atas permintaan keluarga pihak perempuan, mereka sekali lagi bernikah pada 24 Ogos lalu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.


"Kami telah pun bernikah. Justeru, status anak kami yang sebenarnya sudah terjawab," kata Aeril kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini hari ini.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ahmad Fakhruddin Attar pada 24 Ogos lalu.

Sebelum ini baik Aeril mahupun Wawa enggan berterus terang soal status mereka sehingga mengundang pelbagai kisah sensasi.

Malah, Wawa menjadikan alasan dihimpit 'penyakit misteri' sebagai alasan untuk bercuti daripada melakukan aktiviti seni daripada majikannya, Metrowealth International Group, ketika dia sedang mengandung.

Pasangan ini beberapa kali berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan kepada pihak media berhubung status mereka meskipun pihak media telah berjaya mendedahkan status sebenar pasangan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Daeng : Kalau dah kahwin asal la sorok² kenapa? Jatuh saham ke? Kalau faham agama rezeki Allah Swt dah siapkan untuk keluarga dan anak tu. Jangan la biar masyarakat buat spekulasi macam-macam kan? buat pe biar diri dilanda fitnah dan kata-kata orang? Harap yang terjadi ini jadikan teladan, aku tengok Arron Aziz tu dah la anak ramai..Tua..Tapi rezeki dia alhamdulillah market jek..kan?! #klgangster balik modal.


Ha..kepada fans wanita yang jeles Aeril dah berkahwin tu tolong jangan duk kutuk dia menikah kali ke-2 tu depa halal dah(sejak nikah yang pertama)..barang yang lepas jangan dikenang..g gigit bantal busuk tu k..hahaha

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Aeril Zafrel Sah Wawa Zainal Punya!! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 12 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!