Wednesday, 16 October 2013

Abdul Azeez Bantu Balu Allahyarham Zai Azri


Balu kepada Allahyarham Zai-Azri yang terbunuh dalam operasi OPS LEJANG di Melaka bulan lepas telah mendapat perhatian Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Azeez Rahim.

'Mahu seribu daya,tak mahu seribu dalih'

Itulah yang membawa Datuk Azeez terpanggil untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada masa depan anak-anak arwah dan balu.

Walaupun beliau bukanlah ahli parlimen atau adun disitu, namun atas keprihatinan beliau menggunakan kapasiti yang ada untuk terus membantu rakyat.

Datuk Azeez yang mewakili Tabung Haji memberikan bantuan dan sumbangan kepada balu arwah dan anak-anak dengan membuka akaun simpanan Tabung Haji untuk kedua-dua anak yang berjumlah rm 5000 setiap orang.

Abdul Azeez berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban balu Allahyarham, Atiqah Mohd Rosdi untuk perbelanjaan pendidikan anak-anaknya Mohamad Habibullah, 4, dan Mohamad Atiqullah berusia lima bulan. 


"Saya berharap akan ada lagi sumbangan dari pelbagai pihak untuk meringankan beban balu Allahyarham yang maut ketika menjalankan tugas.

"Sumbangan ini untuk pendidikan dan masa depan anak-anak Allahyarham, bagi yang ingin memberikan sumbangan boleh masukkan terus ke akaun kedua-dua anak Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dua buku akaun TH di sini hari ini.

Terdahulu,Allahyarham terbunuh bulan lepas ketika bertugas di Kontinjen Melaka dipercayai diserang dengan objek keras di bahagian muka dan kepala dengan menggunakan batu oleh penyerang hingga menyebabkan beliau meninggal dunia di tempat kejadian. 

Kejadian berlaku ketika serbuan Ops Lejang di sebuah kilang besi buruk di Taman Teknologi Cheng, Melaka.Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Gelugor Pulau Pinang. Beliau meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.


Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 17 sehingga 23 tahun telah ditangkap. Suspek pembunuh pula telah ditangkap di Krubong, tidak jauh dari tempat kejadian 2 hari kemudian. - Suara Nibong

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Abdul Azeez Bantu Balu Allahyarham Zai Azri Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 16 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!