Wednesday, 9 October 2013

3 Penjenayah Mati Ditembak!


KUALA LUMPUR 9 Okt - Tiga penjenayah mati ditembak oleh Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam kejadian berbalas tembakan di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Mangsa dikatakan merompak seorang wanita yang baru keluar daripada sebuah bank di OU Perdana, Klang.

Pihak Polis berjaya mengesan kenderaan yang dinaiki ketiga penjenayah terbabit setelah mendapat laporan daripada mangsa dan mengejar kereta suspek sejauh kira-kira 40 kilometer. Sebilah parang dan sepucuk pistol ditemui dalam kereta yang dinaiki suspek.

Ketiga-tiga mayat penjenayah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - Rakyatnews

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
3 Penjenayah Mati Ditembak! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 9 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!