Wednesday, 9 October 2013

200 Penduduk Terancam : Barua DAP Lepaskan Habuk Besi?!

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang memberi perhatian serius termasuk mengambil tindakan segera bagi menangani masalah pencemaran habuk besi yang membelenggu kira-kira 200 penduduk Kampung Padang Lalang, Nibong Tebal, Seberang Perai.

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, masalah yang berpunca daripada operasi sebuah kilang berhampiran kampung berkenaan didapati berlarutan sejak sekian lama tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil pihak berkuasa.



Tegas beliau, kesan daripada operasi kilang berkenaan, penduduk berhadapan dengan masalah kesihatan seperti gatal kulit, lelah dan batuk.

"Kita amat kesal dengan kejadian yang menimpa penduduk kampung kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan drastik diambil.

"SAM percaya jika keadaan ini dibiarkan akan terus menjadi ancaman yang lebih serius terhadap kesihatan penduduk terutama kanak-kanak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, selain gangguan habuk besi, penduduk terbabit juga terganggu dengan bunyi bising disebabkan pengunaan generator dalam operasi kilang.

Sehubungan itu, jelasnya, SAM mendesak pihak berkuasa terbabit seperti Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan segera menyiasat perkara berkenaan dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pengusaha kilang itu.

"SAM difahamkan kilang berkenaan beroperasi secara haram dan pernah dirobohkan sebelum ini namun operasinya masih diteruskan.

"Tindakan undang-undang juga perlu diambil sekiranya terbukti kilang tersebut melanggari perundangan negara," ujarnya.

Selain itu, kata beliau, SAM juga mahukan pampasan setimpal diberikan kepada penduduk yang selama ini terjejas dan terpaksa menanggung kerugian kesan daripada pencemaran yang dibawa kilang berkenaan. - Utusan 


Daeng : Cara nak bunuh orang secara halus dan susah nak dikesan..Apa semua ini?! Jangan beri muka la..Kesian orang sana kena racun hidup hidup


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
200 Penduduk Terancam : Barua DAP Lepaskan Habuk Besi?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 9 October 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!