Thursday, 26 September 2013

Zambry Terasa Akan Kehilangan Azizan Abdul Razak

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pemergian mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak ibarat kehilangan seorang guru, bapa, pembimbing dan penyatu umat Islam di negara ini.

Dalam satu kenyataan kepada media di Ipoh sebentar tadi, Menteri Besar Perak itu berkata:

“Sifatnya yang sentiasa mencari titik-titik persamaan dan kasih sayang sesama umat Islam termasuk antara UMNO dan PAS sentiasa menjadi panduan buat saya.

“Allahyarham akan dikenang oleh kawan dan lawan sebagai insan berhati mulia. Semoga Allah memberi kedudukan ahli jannah ke atasnya,”.

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia akibat jangkitan darah dan beberapa kegagalan organ untuk berfungsi pada 11.05 pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Noor Zaini Morad dilaporkan berkata, keadaan Azizan bertambah buruk pada pagi Rabu selepas mengalami serangan jantung.

“Beliau mengalami serangan jantung tetapi kita mampu menstabilkan beliau. Ia bukan disebabkan jangkitan darah semata-mata akibat kaki yang dipotong tetapi disebabkan sistem imunisasi yang lemah,” kata beliau.

Beliau berkata, Azizan berada dalam keadaan stabil apabila beliau mula dipindahkan ke hospital itu bulan lepas tetapi kerana pelbagai komplikasi kesihatan, keadaannya semakin teruk.

“Azizan mengalami peringkat akhir kegagalan buah pinggang dan juga masalah hati dan matanya. Kami telah memberikan rawatan terbaik kepadanya tetapi antibodi beliau sudah lemah,” katanya. - peraktoday






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Zambry Terasa Akan Kehilangan Azizan Abdul Razak Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 26 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!