Wednesday, 11 September 2013

Tanda-Tanda Diganggu Syaitan Dan Jin?!

Admin kongsikan sedikit info dan pengalaman seorang rakan berkisar dengan gangguan jin

KETIKA TIDUR
  • Dihimpit sesuatu ketika tidur.
  • Bunyi gigi ketika tidur.
  • Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
  • Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
  • Mimpi menakutkan.
  • Mimpi paderi, salib dan gereja.
  • Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
  • Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
  • Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
  • Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
  • Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
  • Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
  • Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
  • Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
  • Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.
  • Mimpi tandas dan buang air
  • Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.


KETIKA JAGA
  • Sakit tulang belakang tanpa sebab.
  • Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
  • Istihadah. (haid lebih 15 hari)
  • Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
  • Takut tidak bersebab.
  • Badan terasa berat dan malas.
  • Sukar mendapat jodoh.
  • Suka bercakap-cakap berseorangan.
  • Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
  • Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
  • Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.
  • Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
  • Pengsan atau sawan tanpa sebab dan STROK.
  • Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.
  • Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.
  • Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
  • Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
  • Sakit tulang empat kerat.
  • Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.
  • Kuat berangan.
  • Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  • Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
  • Nafsu seksual yang melampau
  • Mandul.
  • Terasa diri selalu diperhatikan.
  • Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
  • Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
  • Takut menziarahi jenazah.
  • Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
  • Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
  • Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.
  • Nampak bayang-bayang melintas.
  • Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
  • Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
  • Sakit bahagian perut tanpa sebab.
  • Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.
  • Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.
  • Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
  • Sakit dada dan kaki terutama waktu senja ke atas.
  • Terasa benda bergerak di bawah kulit.
  • Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
  • Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
  • Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
  • Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
  • Malas beribadah
  • Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
  • Nyanyuk ketika lanjut usia.
  • Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
  • Sikap berubah secara mendadak.
  • Kerap keguguran.
  • Gagal melakukan hubungan kelamin.
  • Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al-Quran.
  • Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza



Telinga masuk air disangkakan gangguan sihir dan jin..?

Alhamdulillah baru selesai merawat seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 13 tahun berasal dari Kelantan yang dibawa oleh keluarganya kerana mengidapi penyakit misteri hampir setahun,setiap masa ada suara ghaib membisikan di telinganya sehingga anaknya kini seperti orang gila bercakap sendiri tanpa difahami apa yang dikatakannya.Puas berubat,jumpa doktor kata tidak ada apa-apa penyakit hanya ilusi saja,jumpa bomoh dah merata sehingga ke Siam kata anaknya terkena gangguan sihir, saka dan gangguan jin.

Jumpa rawatan alternatif cara Islam kata gangguan jin yang sukakan anaknya.Tapi tak mahu sembuh juga. 

Dengan izin Allah semasa melayari internet beliau telah terbuka laman Rawatan Tradisional Sedut Marifat Cara Islam.Setelah membuat temujanji dengan Ee atau Hj Din tepat pukul 7.00 am beliau sampai kerumah.

Semasa rawatan mengesan penyakit Ee nampak seorang wanita memakai t-shit berwarna hitam dan memakai seluar sukan sedang bermandi manda dan menyelam bersama rakan2nya di sungai. Secara tiba2 wanita yang memakai t-shirt hitam tenggelam hampir kelemasan dan dapat diselamatkan oleh rakan2nya yang lain.

Ee mula faham akan maksud petunjuk yang Allah SWT tunjukan melalui doa yang dipelajari dari aruah bapa dan juga guru2 yang pernah Ee belajar dulu.Ee terangkan kepada mereka akan segala petunjuk bukanlah disebabkan oleh sihir atau apa hanya kerana terlalu banyak air yang masuk ke dalam lubang telinga dan menyebabkan bunyi desiran seperti bisikan dan sedikit gangguan jin yang sentiasa menganggu manusia.

Ee mulakan rawatan dengan membuang jin yang menganggunya serta membersihkan lubang telingganya menggunakan putik kapas dan rawatan bekam marifat di tengah2 kepala dan dibahagian depan mukanya.Setelah selesai rawatan dengan izin Allah SWT budak perempuan tersebut sudah boleh senyum dan gelak ketawa seperti biasa dan percakapannya kembali normal seperti sediakala.Alhamdulillah..

Untuk keterangan lanjut dan temujanji sila hubungi Rawatan Tradisional Sedut Marifat Cara Islam..Tel :019 3719431 Ee atau Hj Din. [klik untuk facebook beliau]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tanda-Tanda Diganggu Syaitan Dan Jin?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 11 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!