Sunday, 1 September 2013

Tan Sri Isa Abdul Samad Bertanding Jawatan Naib Presiden

Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad tidak akan berganjak daripada keputusan awalnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

"Walaupun pada hari pendaftaran nanti berkemungkinan besar hanya saya seorang menawarkan diri bertanding Naib Presiden bersama tiga penyandang, hasrat saya itu tetap akan diteruskan.

"Saya tidak berdepan sebarang masalah apabila menawarkan diri bertanding kerana semua ini ditentukan oleh kebijaksanaan perwakilan nanti,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Warga Felda Tun Ghafar Hutan Perca di dewan orang ramai di sini malam tadi.


TIDAK AKAN BERGANJAK

Tan Sri Isa Abdul Samad berkata, beliau tidak akan berganjak daripada keputusan awal yang diambilnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Menurutnya, tidak ada desakan daripada mana-mana pihak atau individu yang memintanya membuat pertimbangan semula berhubung pengumuman yang dibuatnya untuk bertanding jawatan tersebut.

''Walaupun pada hari pendaftaran nanti berkemungkinan besar hanya saya seorang sahaja menawarkan diri bertanding Naib Presiden bersama tiga penyandang, hasrat saya itu tetap akan diteruskan.

''Saya tidak berdepan dengan sebarang masalah apabila menawarkan diri untuk bertanding kerana semua ini akan ditentukan oleh kebijaksanaan perwakilan nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Warga Felda Tun Ghafar Hutan Perca di dewan orang ramai, di sini malam tadi.

Isa berkata, setakat ini hanya beliau sahaja yang mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden.

''Saya tak dengar ada calon lain nak bertanding jawatan ini, mungkin ada yang berminat macam saya tetapi mereka menunggu pada hari pendaftaran baru nak umum," katanya. 

Daeng : Setuju...ada suara untuk orang felda..



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tan Sri Isa Abdul Samad Bertanding Jawatan Naib Presiden Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 1 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!