Tuesday, 24 September 2013

Suspek Pembunuh Anggota Polis Ditahan Reman

Suspek yang menyebabkan kematian Polis di Cheng telah di tahan oleh Polis Diraja Malaysia.


Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi membenarkan tempoh reman selama tujuh hari ke atas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes seorang anggota polis mati dihentak dengan batu di Taman Teknologi Cheng di sini, semalam. 

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V Kanasan sehingga 30 September ini.

Koperal maut kepala dihentak batu

Hasrat seorang anggota polis ingin melakukan akikah untuk anak bongsu berusia lima bulan, tidak tercapai selepas dia mati dipercayai kerana kepalanya dihentak dengan batu oleh penagih syabu dalam Ops Lejang di Melaka, semalam. 

Koperal Zalazri Abd Somad, 31, yang bertugas di Unit Risikan (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, menyuarakan hajat berkenaan kepada ibunya, Zaiton Ismail, 54, ketika pulang bercuti sempena Aidilfitri, Ogos lalu dan merancang melakukan ibadat itu pada Aidiladha, bulan depan. 

“Dia sentiasa pulang ke rumah apabila cuti, luangkan masa bersama keluarga dan melawat adik beradiknya. 


Ibu terkilan tapi reda 

Makcik terkilan teringatkan hasrat arwah, tapi reda dengan apa yang berlaku walaupun sedih. 

“Dia anak yang baik dan disenangi,” katanya sambil menambah, Zulazri memang menanam cita-cita sejak kecil untuk menjadi anggota polis. 

Abang sulung mangsa, Nirmaryadi, 36, pula berkata adiknya sudah tujuh tahun menjadi anggota polis dan sebaik menamatkan latihan, terus dihantar bertugas di Melaka. 
“Kali terakhir saya berbual dengannya melalui telefon beberapa hari lalu. 
“Ketika itu, dia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Gelugor. 

Tahan kereta 

Zalazri dikatakan menahan sebuah kereta dinaiki tiga lelaki jam 8.30 pagi di Taman Teknologi Cheng, Melaka. 

Bagaimanapun, seorang daripada lelaki itu melarikan diri dan mangsa dikatakan mengejar suspek sebelum dipercayai berlaku pergelutan antara mereka. 

Mangsa yang parah di kepala dipercayai dihentak dengan batu kemudian dihantar ke Hospital Melaka (HM) sebelum disahkan meninggal dunia. 

Arwah meninggalkan seorang isteri, Atiqah Mohd Rosdi, 29, dan dua anak, Mohamad Habibullah, 4, dan Mohamad Atiqullah, lima bulan. 

Di Melaka, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata mangsa mengejar suspek yang lari ketika cuba ditahan di premis menjual besi buruk di Jalan TTC 4. 

Kejar suspek 

“Mengikut laporan, mangsa mengejar suspek sehingga ke luar premis itu, manakala anggota lain menjaga dua lagi rakan suspek. 

“Namun arwah didapati tidak kembali selepas 15 minit sehingga rakannya berasa tidak sedap hati. 

“Selepas mencari, mereka menemui mangsa di kawasan premis dengan kecederaan parah di kepala, dipercayai kesan dipukul dengan objek tumpul seperti batu. Siasatan awal mendapati mangsa sempat merangkak 25 meter ke dalam kawasan premis bagi meminta bantuan sebelum meninggal dunia,” katanya. 

Ghee Lye berkata, polis masih menyiasat punca kematian anggota terbabit dan menemui batu yang boleh dikaitkan dengan jenayah berkenaan, manakala suspek berusia 17 tahun yang disyaki melakukan perbuatan itu berjaya ditahan di rumah datuknya di Taman Seri Krubong, kira-kira dua jam selepas itu. 

“Siasatan awal mendapati suspek positif syabu, tetapi tiada rekod jenayah. 
“Dia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala dua lagi rakannya disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya. 

Jenazah Zalazri dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Gelugor di Pulau Pinang, malam tadi. BH


Sumber PELBAGAI
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Suspek Pembunuh Anggota Polis Ditahan Reman Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 24 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!