Sunday, 22 September 2013

Sokongan Moral Buat Raihan Suleiman Palestin


Raihan Suleiman Palestin yang akan mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti tiba di pusat penyerahan borang pencalonan tepat pukul 10.15 pagi ini(semalam) di PWTC.

Beberapa minit selepas selesai menyerahkan borang, Raihan yang kemudian keluar mula dikerumuni wartawan bagi mendapatkan reaksinya mengenai hasrat untuk bertanding jawatan nombor satu Wanita UMNO itu.

Raihan yang ditemani suami dan abangnya bagaimanapun sebak buat seketika sebelum dapat bercakap dengan para wartawan.

Katanya, beliau datang menyerahkan borang demi meneruskan perjuangan seluruh akar umbi sayap itu yang mahukan perubahan dalam parti. - UTUSAN


Raihan Sulaiman Palestine mengesat air matanya selepas menyerahkan borang pencalonan sebagai Ketua Wanita Umno, mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
- Faisal Jaafar (bernama)


Insyallah, pertandingan secara sihat subur didalam UMNO!

Like And Support

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Sokongan Moral Buat Raihan Suleiman Palestin Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 22 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!