Sunday, 1 September 2013

Relaku Pujuk PAS?!

Hari ini aku duduk bersantai hujung minggu dikedai yang agak popular dikampungku, tiba-tiba seorang kawan aku (pro-PAS) datang menghampiri dan dia berbisik pada aku “Nyaris Perak UMNO menang” mau melompat aku dengar statement tu..Kawan aku ini bukan sahaja pro-PAS tadi boleh dikatakan penyokong setia totok tu..sampai nak beli makan minum pun dia tetap akan dahulukan peniagaan orang PR. Kalau kedai orang UMNO…boleh dihitung dengan jari la jumpa dia singgah!

Aku buat-buat muke relek (walaupun dalam hati aku nie tertanya-tanya apa yang hasut dia sampai leh kata gitu pada aku). Aku bertanya pada dia, Kenapa kau cakap macam tu?..dia mula bercerita..Dia kata waktu dia nak beli barang disebuah pasaraya borong milik seorang penyokong tegar DAP dia dicarutkan oleh taukey kedai tu sebab bayar barang dapur guna duit syiling..macam tak masuk akal?Tapi memang pantang kot main carut2kan orang sebarangan.

Aku tenangkan...aku kata mungkin taukey tu tekanan kot nak kira duit syiling kau, kawan aku kata taukey tu tahu dia untung berniaga dengan orang melayu, tapi sombong bukan main.. Ya, orang kampong kadang kala datang sesak nie mana yang dapat dicekau nak bayar abis dia karau (kumpul). Aku dengar la cerita beliau dengan penuh tumpuan.

Sebelum ini aku pernah juga dijatuhkan air muka aku ine oleh bini taukey.. alasannya dia kata aku potong barisan sedangkan aku dah berdiri lama depan dia, tapi dia buat bodoh..Niat aku nak beli se-kilo beras pulut terus terbantut..aku campak atas kaunter aku blah…Itu last aku pergi kedai dia..

Now aku hasut anak-beranak aku jangan pergi kedai tu sebab selepas aku blah tu aku singgah kedai orang melayu harga se-kilo beras pulut beza harga dengan kedai cina DAP tu RM0.60! Hidup-hidup dia kencing orang kampong nie…Dulu masa dia baru berniaga mulut bukan main manis…now (dah 5 tahun) belagak bukan main.

Aku buka sedikit ruang pada dia bercerita tentang bahana berkawan dengan DAP ini, dia mula menganguk setuju dengan hujah-hujah kecil aku…padahal dulu sebelum PRU bukan main eksen dia..hehehe…

PAS dan UMNO melayu..Hal kecil pun boleh buat rajuk kan?! 


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Relaku Pujuk PAS?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 1 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!