Monday, 9 September 2013

Rahsia Kerajaan[siri 1]

Dari beberapa tahun dahulu hingga hari ini  banyak rahsia kerajaan yang wajib dipelihara sering dibocorkan oleh individu yang tidak bertanggungjawap melanggar etika sebagai penjawat awam kerana dalam matlamatnya untuk menjatuhkan kerajaan walaupun terpaksa melanggar etika dan akujanji seorang penjawat awam.

Tidak dinafikan ramai pro-pembangkang berada disalur nadi penjawatan awam kerana kerajaan hari ini tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam melantik para penjawat awam yang disaring mengkit kelayakan dari seluruh pelusuk negara.


 
Kawalan Rahsia Kerajaan dan Keselamatan Pejabat 

Memberi perlindungan secukupnya terhadap suratan dan maklumat rasmi kerajaan dari: 

KAWALAN RAHSIA KERAJAAN
  • Dapat diketahui atau dilihat oleh orang-orang yang tidak berhak mengetahui atau melihat 
  • Kebocoran 
  • Kecurian 
  • Kebakaran

Maklumat Rasmi

Pengetahuan mengenai perkara rasmi, walau bagaimana sekali pun diperolehi termasuk: 
  • Jenis atau kandungan apa-apa dokumen rasmi atau sebagainya. 
  • Jenis kegunaan dan komposisi bahan-bahan. 
  • Kaedah-kaedah, cara menghasilkan serta teknik-teknik dan proses yang akan digunakan untuk pengeluaran. 
  • Proses saintifik terutama berkenaan dengan pembuatan senjata dan kelengkapan. 
  • Butir-butir kegiatan rasmi yang diperolehi secara lisan.

RAHSIA RASMI

Apa-apa suratan yang dinyatakan di dalam jadual dan apa-apa maklumat dan bahan-bahan berhubung dengannya dan termasuk apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan-bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan RAHSIA BESAR, RAHSIA, SULIT dan TERHAD mengikut mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri atau mana-mana Pegawai Awam yang dilantik mengikut seksyen 2B.


SEKSYEN 2B

“Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri boleh melantik mana-mana Pegawai Awam melalui satu perakuan di bawah tandatangannya untuk mengelas apa-apa suratan rasmi, maklumat rasmi atau bahan-bahan sebagai RAHSIA BESAR, RAHSIA, SULIT atau TERHAD mengikut mana yang berkenaan”.


DOKUMEN RASMI

Apa-apa jenis maklumat yang tercatat berkenaan dengan perkara-perkara rasmi termasuk:- 

1. Perkara yang bertulis, bertaip, bertulis trengkas, disalin, berstensil dan bercetak juga draf dan buangan perkara itu. 

2. Fotograf, foto salinan, pelan cetak, negatif foto, filem, jalur suara dan rakaman. 

3. Pelan, pelan lakar, lukisan, gambarajah, peta dan anika jenis carta. 

4. Huruf cetak, huruf cetak atur, blok litografer, acuan, stensel, proses plat dan lain-lain yang digunakan untuk membuat dokumen- dokumen rasmi.


JENIS DOKUMEN RASMI

Terbahagi Kepada Dua: 

1. Dokumen Terperingkat 
Dokumen Rasmi yang mengandungi maklumat rasmi terperingkat dan ditanda dengan peringkat keselamatannya. 

2. Dokumen Tidak Terperingkat 
Dokumen Rasmi yang mengandungi maklumat rasmi tetapi tidak bertanda dengan peringkat keselamatan. Walaupun tidak terperingkat tetapi sebagai ‘Hak Kerajaan’ perlu diberi perlindungan.


PERINGKAT KESELAMATAN

Perkara-perkara terperingkat, hendaklah di peringkat seperti berikut: 

1. Rahsia Besar 
2. Rahsia 
3. Sulit 
4. Terhad


RAHSIA BESAR
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi yang jika didedah tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia. 

Contoh:- 
(i) Kertas-kertas Jemaah Menteri yang sangat penting mengenai dasar utama Kerajaan berkaitan perkara- perkara politik dan ekonomi; 


(ii) Maklumat-maklumat yang sangat penting mengenai perancangan gerakan dan penempatan barisan peperangan angkatan tentera jika berlaku perang; 


(iii) Surat-menyurat dengan Kerajaan negara asing mengenai aspek perdagangan dan pertahanan yang amat penting; 


(iv) Maklumat lengkap berkenaan dengan pertubuhan- pertubuhan perisikan Malaysia dan kaedah- kaedahnya.




RAHSIA 
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan atau martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing. 

Contoh:- 
(i) Arahan-arahan penting untuk perwakilan- perwakilan Malaysia yang membuat perundingan dalam negara asing; 

(ii) Maklumat-maklumat penting mengenai pemasangan- pemasangan tentera; 

(iii) Maklumat-maklumat penting mengenai pertubuhan- pertubuhan subversif dan kegiatan-kegiatannya; 

(iv) Surat-menyurat antara Jabatan mengenai perkara- perkara dasar yang penting.


SULIT
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi yang jika didedah tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan kuasa asing. 

Contoh:- 
(i) Laporan-laporan perisikan biasa; 

(ii) Dokumen-dokumen dan panduan-panduan teknik untuk kegunaan latihan tentera atau polis; (iii) Maklumat-maklumat yang mungkin membolehkan pendapatan faedah kewangan daripadanya jika didedahkan sebelum masa.


TERHAD

Dokumen rasmi, maklumat rasmi selain daripada yang diperingkatkan RAHSIA BESAR, RAHSIA atau SULIT tetapi perlu diberi tahap perlindungan. 

Contoh:- 
(i) Buku-buku Jabatan bagi maksud arahan; 
(ii) Perintah-perintah dan arahan-arahan biasa Jabatan; 
(iii) Dokumen-dokumen mengenai bekalan barang-barang dan alat-alat kelengkapan biasa tentera dan polis.

ANCAMAN KESELAMATAN

Punca Ancaman 
1. Subversif : kegiatan yang dijalankan oleh pertubuhan/perseorangan tidak sampai kepada peperangan. 
2. Espionaj : kegiatan memperolehi perkara terperingkat secara tersembunyi bertujuan memudaratkan keselamatan dan kepentingan negara. 
3. Sabotaj : perbuatan bertujuan menyebabkan kerosakan fizikal.
4. Kelemahan Manusia : suka menunjuk-nunjuk, cuai mematuhi arahan, tidak cermat bila bercakap dan ketagih dadah/arak. 

5. Pemasaran : kerana hutang, kerana seks, rasuah, kelakuan @ latarbelakang


Surat-Surat Atau Dokumen-Dokumen Terperingkat Diancam Oleh
1. Penyuluh-penyuluh rahsia yang memperolehi kebenaran atau tidak mempunyai kebenaran. 
2. Individu-individu subversif yang memperolehi kebenaran atau tidak mempunyai kebenaran dan cuba membuat kerajaan dalam keadaan serba salah. 
3. Kebocoran. 
4. Kealpaan.


SEKSYEN 17A – Pembelaan Sedia Ada Kepada Pegawai Awam

Mana-mana orang yang dituduh dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini tidaklah boleh disabitkan jika dia membuktikan yang dia melakukan mana-mana perkara itu dalam menjalankan tugas rasminya atau dengan kuasa sepatutnya.


SEKSYEN 8 (2) (Baru) - Penalti

Jika seseorang menerima atau memberi sesuatu Rahsia Rasmi dan bersalah dengan akta ini, maka kesalahannya boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak lebih dari tujuh tahun.

BERSAMBUNG

*Diminta kerjasama kepada yang tak tahu tu tolong print dan tampal di noticeboard office

SUMBER : Copy of registry.­usm.­my/­pentadbiran/­m_turun/­m_note/­A & B_07/­kawalan rahsia.






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Rahsia Kerajaan[siri 1] Daeng Selili Rating: 5 Monday, 9 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!