Saturday, 21 September 2013

Puak Puak Tak Guna - Tan Sri Isa Samad

Mereka yang menawarkan diri bertanding dalam pelbagai jawatan tertinggi pada pemilihan Umno Oktober ini diingat supaya memastikan ia tidak menjejaskan keutuhan parti.

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan itu berkata, setiap mereka yang bertanding perlu mematuhi segala peraturan parti.

"Pertandingan dalam parti kali ini merupakan pertandingan dalam satu keluarga. Jadi tidak perlu kita menimbulkan perkara yang boleh mengaibkan orang lain.

"Berkempenlah secara sihat kerana jika di luar daripada yang sepatutnya, ia hanya akan menjejaskan imej parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Mesra Aidilfitri anjuran Felda Wilayah Mempaga di sini pada Rabu.

Isa juga turut berharap, penyokong serta mereka yang terbabit dalam pertandingan merebut jawatan perlu menerima hakikat jika tewas dalam pertandingan itu nanti.

"Kita perlu bersatu kembali dan menyokong mereka yang menang. Tiada guna kita berpuak-puak dan berpecah-belah kerana yang lebih penting dan utama adalah parti Umno.

"Pemimpin boleh bertukar ganti, tetapi Umno akan terus kekal demi memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air," katanya. - astroawani



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Puak Puak Tak Guna - Tan Sri Isa Samad Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 21 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!