Wednesday, 18 September 2013

Pemuda Gopeng Bakal Rampas DUN Sungai Rapat Kembali!

Satu persatu musibah melanda Umno Gopeng. Pastinya ia adalah satu proses yang cukup mematangkan pemuda umno Gopeng. Dengan bermula masalah Ketua Pemudanya yang tidak pernah hadir ke mesyuarat bahagian sehinggalah Barisan Nasional gagal didalam kesemua kerusi Dun dan Parlimen Gopeng dalam pilihanraya yang baru lalu.

Namun nampaknya sudah ada satu sinar yang menerangkan kepimpinan pemuda dimana satu pasukan anak muda Gopeng yang diketuai oleh saudara Mohd Adli Tahirudin mahu melakukan satu transformasi kepada pemuda umno gopeng.

Saudara Adli amat dikenali di gopeng kerana khidmat yang diberikannya kepada BN sewaktu pilihanraya yang lalu. Malah beliau juga sudah lama berkhidmat untuk umno seawal Dun Sg Rapat mula mula diwujudkan untuk umno.

Ramai yang masih ingat dimana saudara Adli pernah bertanding pada penggal lepas sebagai calon Ketua pemuda namun tewas dengan tipis. Namun yang menghairankan pemuda gopeng selepas itu ialah bagaimana saudara Adli masih lagi terus menerus menaburkan khidmat kepada umno gopeng walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat bahagian. Malah beliau sanggup berulang alik dari KL ke Gopeng walaupun hanya untuk menghadiri program peringkat cawangan sahaja. Baca lagi...





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pemuda Gopeng Bakal Rampas DUN Sungai Rapat Kembali! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 18 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!