Sunday, 1 September 2013

Ops Merdeka : Pasangan Kantoi Cuba Belakon?!

Limpahan air yang keluar dari tandas sebuah bilik hotel membongkar rahsia sepasang kekasih yang cuba menyembunyikan diri ketika operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah hotel murah sekitar Butterworth, Seberang Prai Utara (SPU), di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi khas ‘Ops Merdeka’ pada jam 5 pagi, pasangan terbabit dikatakan cuba bersembunyi dalam tandas hotel, namun dikatakan terpijak sinki hingga pecah dan menyebabkan air melimpah keluar.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, pasangan berusia 20-an itu pada mulanya enggan membuka pintu dan cuba berlakon seolah-olah bilik terbabit tidak berpenghuni.

“Bagaimanapun, selepas hampir lima minit menunggu anggota penguatkuasa terdengar bunyi bising sebelum air melimpah keluar dari bilik dan pasangan terbabit yang menyedari mereka terkantoi akhirnya akur dan membuka pintu bilik.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak memiliki dokumen pernikahan sah dan mengaku belum berkahwin sebelum diberitahu kesalahan berkhalwat mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996,” katanya.

Menurutnya, selain hotel murah dan rumah tumpangan, pihaknya turut menjalankan operasi sekitar kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bagam Ajam, Pantai Bersih dan Taman Robina yang dikesan menjadi tumpuan pasangan muda mudi melakukan maksiat.

“Hasil pemeriksaan, seramai 40 pasangan berusia 16 hingga 30-an ditahan dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Butterworth untuk siasatan lanjut dan diambil keterangan.

“Kita akan meneruskan operasi cegah maksiat ini setiap masa untuk membanteras kegiatan tidak bermoral pasangan muda-mudi di negeri ini,” katanya. - Metro


Daeng : Bab nafsu ini jangan nak tunding jari pada orang lain, kita lihat anak beranak kita dahulu..Yang menyedihkan ini semua tangkap bangsa aku..nak dimarah dah tua bangka..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ops Merdeka : Pasangan Kantoi Cuba Belakon?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 1 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!