Friday, 6 September 2013

Obama Tetap Mahu Serang Syria?!

Syria hari ini menegaskan negara itu tidak gentar berdepan dengan kemungkinan serangan tentera Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia meskipun berlakunya Perang Dunia Ketiga. 

Dalam temu bual eksklusif AFP dengan Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal Muqdad, beliau berkata negara itu sudah mengambil langkah sepatutnya untuk mempertahankan negara itu daripada serangan luar. 

Beliau juga menegaskan bahawa Russia tidak akan menyokong tindakan Barat untuk menyerang Syria meskipun Presiden Vladimir Putin mengesyorkan agar Barat mempertimbangkan tindakan itu dengan sebaik-baiknya. 

“Amerika sedang menggerakkan tenteranya dan Damsyik juga melakukan perkara sama dan sekutu kita juga menawarkan bantuan yang diperlukan," katanya. 

“Iran, Russia, Afrika Selatan dan beberapa negara Arab sudah menolak sebarang tindakan untuk menyerang Syria dan mereka bersedia untuk berdepan dengan peperangan yang akan disytiharkan Amerika dan sekutunya termasuk Perancis," katanya. 

“Kerajaan Syria tidak akan mengubah sebarang kedudukan walaupun berlakunya Perang Dunia Ketiga. Tiada satupun rakyat Syria sangup mengorbankan kemerdekaan negara mereka," katanya. 

Ketika ini, Presiden AS, Barack Obama sedang bertungkus-lumus untuk menyakinkan ahli Kongres bagi menyerang rejim Presiden Bashar al-Assad. - AFP







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Obama Tetap Mahu Serang Syria?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 6 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!