Tuesday, 24 September 2013

Mesin Penyembelihan Moden Untuk Lembu?!

SELAIN ayam, daging lembu juga menjadi pilihan sesetengah orang untuk dijadikan sebagai hidangan utama. Permintaan pengguna terhadap daging lembu juga tidak kurang hebatnya.

Daging lembu bukan sahaja digunakan untuk hidangan, malahan juga tulangnya menjadi rebutan terutama penggemar sup. Namun begitu, kesukaran dalam proses penyembelihan sering berlaku kerana saiz lembu yang besar.


Oleh kerana saiz tersebut yang agak besar, sukar bagi penyembelih untuk mengawal lembu ketika proses penyembelihan dilakukan.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Zull Design Autotronic (ZDA) muncul dengan idea baru iaitu penghasilan mesin penyembelihan lembu.

Penggunaan mesin berkenaan bukan sahaja dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga pekerja juga dapat dikurangkan.

Mesin ini mudah untuk dikendalikan. dan mudah alih serta sesuai bagi semua saiz lembu yang mencapai syarat sembelihan.

Pengguna tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk melakukan proses penyembelihan kerana mesin ini dapat menahan lembu daripada meronta.

Yang menariknya, mesin penyembelihan lembu ini akan dibuat mengikut tempahan. Kaedah tersebut memudahkan tempahan

ZDA akan cuba memenuhi spesifikasi mesin yang dikehendaki oleh pengguna yang berminat.

Bagi umat Islam pula, proses penyembelihan lembu perlu dilakukan setiap tahun pada Hari Raya Aidiladha.

Ibadah korban setiap Hari Raya Aidiladha tidak hanya membabitkan seekor lembu, malah berpuluh-puluh ekor dalam satu-satu masa

Pengguna boleh juga menggunakan mesin tersebut bagi tujuan penyembelihan ternakan ruminan lain. - utusan


Nama mesin : Mesin penyembelihan lembu
Kawalan : Semi automatik
Kuasa : 380 - 415 VAC
Operasi : Motor 1.5 kW, 1400 RPM, Pam Hidraulik HGP - 1AF4P
Bahan : Keluli lembut

Cara penggunaan mesin penyembelihan lembu:
Masukkan lembu mengikut pintu yang disediakan.
Gunakan kawalan tangan yang disediakan untuk menahan badan lembu daripada bergerak.
Pusingkan struktur mesin bagi memudahkan proses penyembelihan berjalan dengan lancar.
Pengendalian mesin boleh dikawal menggunakan kawalan tangan yang disediakan.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Mesin Penyembelihan Moden Untuk Lembu?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 24 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!