Wednesday, 25 September 2013

Majlis Syura PAS Hilang Taring?

Nampaknya Majlis Syura Ulama Pas ketika ini umpama “melukut di tepi gantang”. Pandangan yang disuarakan oleh golongan tersebut tidak lebih sekadar pandangan kelas dua kerana dalam apa jua keadaan kepimpinan Pas kini akan menjadikan rakan pakatan mereka iaitu DAP dan PKR sebagai rujukan utama.

Ini dapat dibuktikan apabila Majlis Syura Pas baru-baru ini menggesa PAS untuk mengkaji semula kerjasama mereka bersama pakatan pembangkang namun malangnya pandangan tersebut seperti tidak diguna pakai kerana Pas teguh untuk terus bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Menurut Exco Kerajaan Negeri Perak, Haji Nizar Zakaria, Pas kini dilihat menghalalkan segala cara asalkan hajat mereka tercapai walaupun terpaksa ‘menjual’ agama.


“Majlis Syura adalah badan tertinggi di dalam parti Pas dan seharusnya menjadi tempat rujukan mereka namun sayangnya Pas sendiri seperti acuh tak acuh dengan pandangan Majlis Syura tersebut.

“Kepimpinan Pas terlalu menjaga hati rakan sekutu mereka khususnya DAP. Sekiranya DAP tidak merestui pandangan Majlis Syura maka Pas akan mengikut kata DAP. Mereka takut kepada bayang-bayang sendiri,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Nizar, seharusnya pandangan Majlis Syura yang mengatakan Pas harus mengkaji semula kerjasama mereka bersama pakatan pembangkang haruslah dikaji dan diperhalusi, bukannya sekadar melihatnya sebelah mata.


Jelas tegas beliau Pas kini terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup mengetepikan apa sahaja sekiranya perkara tersebut tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka.

“Sehinggakan pandangan ulama luar yang tidak ada kena mengena dengan politik juga tidak mereka setuju sekiranya pandangan tersebut berpihak kepada kerajaan mahupun UMNO.

“Apa yang menghairankan kita, sekiranya pandangan DAP tidak betul, mereka sanggup ikut walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan,” jelasnya lagi.

Kerana itu jugalah jelas Nizar, telah semakin kelihatan wujudnya puak-puak di dalam kepimpinan Pas yang akhirnya bakal merugikan parti itu sendiri. -UM




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Majlis Syura PAS Hilang Taring? Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 25 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!