Thursday, 12 September 2013

Lebuh Karak Bas Bertembung 36 Nyaris Maut?!

Sebanyak 13 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua buah bas, satu treler dan sebuah kereta di Km31.5, Lebuhraya Karak, dekat sini, Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.49 petang dan tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian.

Katanya, kemalangan membabitkan empat kenderaan itu dari arah Karak menuju ke ibu negara dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah bas pelancong mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah bas ekspres dan kereta Toyota Vios yang kemudiannya melanggar treler di hadapannya.

“Saya percaya kemalangan berpunca disebabkan ada kenderaan yang dibawa lajudan perlahan, namun kami akan menyiasat kemalangan itu bagi mengenal pasti punca sebenar,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Azizan berkata, 13 mangsa yang terdiri daripada 11 penumpang bas dan dua daripada kereta Vios itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

Beliau berkata, kesemua mangsa berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun.

“Laporan awal mendapati bas pelancong membawa 13 penumpang (dan seorang pemandu), manakala bas ekspres Temerloh-Kuala Lumpur membawa 25 orang termasuk pemandu.

“Pemandu dua bas berkenaan hanya mengalami luka ringan manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian dengankekuatan 30 pegawai dan anggota, masing-masing dari Balai Bomba dan PenyelamatKuala Lumpur, Selayang dan Bentong.

Sementara itu, pemandu treler Aris Embong , 53, berkata ketika kejadian itu dia memandu perlahan dan berada di hadapan kereta Toyota Vios.

“Sebelum kejadian saya nampak sebuah bas bergerak laju lalu melanggar sebuah bas yang berada di hadapannya…kemudian bas kedua (yang dilangggar) itu melanggar treler yang saya bawa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.- BERNAMA


Sebanyak 36 penumpang bas nyaris maut dalam satu kemalangan melibatkan dua buah bas ekspres, sebuah treler dan sebuah kereta di Kilometer 31.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, selepas terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara dekat sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 3.30 petang itu, sebanyak 13 mangsa cedera termasuk tiga penumpang bas dan seorang penumpang kereta yang mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku ketika sebuah bas yang baru turun dari Genting Highlands membawa 24 penumpang telah merempuh bahagian belakang treler yang membawa muatan bijih timah.

Ketika itu, treler tersebut dikatakan sedang memperlahankan kenderaan kerana menuruni bukit.

Sejurus selepas pelanggaran itu, sebuah lagi bas ekspres dari Temerloh, Pahang yang membawa 12 penumpang tidak sempat mengelak lalu melanggar bas pertama seterusnya merempuh penghadang lebuh raya.

Sebuah kereta Honda City yang dinaiki sepasang suami isteri yang berada di belakang bas ekspres itu juga tidak sempat mengelak lalu terbabas dan terbalik.

Isteri pemandu Honda City itu dikatakan mengalami kecederaan parah di kepala dan sekurang-kurangnya tiga penumpang bas ekspres dari Temerloh itu cedera parah dan terpaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Ini merupakan kemalangan membabitkan bas yang berlaku dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas tragedi bas Genting Highlands yang meragut 37 nyawa pada 21 Ogos lalu.

Dalam nahas terburuk di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur itu, bas yang dinaiki 53 orang itu terhumban sejauh 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu ke ibu negara.

Sementara itu, pemandu treler terlibat, Aris Embong, 53, berkata, dia sedang memandu menghala ke Pelabuhan Klang telah memperlahankan kenderaannya setelah melepasi terowong Genting Sempah dan menuruni bukit.

"Ketika itu juga saya melihat kon-kon berwarna merah dipasang di laluan perlahan dan terus memperlahankan kenderaan.

"Bagaimanapun tiba-tiba treler ini bergoyang disusuli dentuman kuat dari arah belakang. Sejurus melihat cermin sisi saya ternampak sebuah bas melanggar belakang treler," katanya.

Katanya, ketika itu dia tidak melihat terdapat sebuah bas dan satu kenderaan lain turut kemalangan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, sebanyak tiga jentera dengan kekuatan 30 anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 3.49 petang.

Katanya, jentera dari Balai Selayang, Bentong dan Wangsa Maju turut terlibat dalam operasi menyelamat.

"Pihak kami masih menyiasat punca sebenar kemalangan ini dan setakat ini tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

"Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang untuk menerima rawatan," katanya. - Utusan Malaysia

Daeng kata : Dah begini takdirNya...aku rasa pihak berwajib wajar memikirkan cara yang paling terbaik untuk mengurangkan belakukan insiden seperti ini...Kepada kepala pembangkang tu tolong jangan nak politikan semua perkara... #blackout




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Lebuh Karak Bas Bertembung 36 Nyaris Maut?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 12 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!