Thursday, 12 September 2013

KL Gangster 2 : Tak Tahu Nak Cakap Apa?!

Pengarah filem KL Gangster 2 Syamsul Yusof memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak dapat memberikan sebarang respons berhubung isu mengenai filem itu khususnya mengenai cetak rompak.

Syamsul, 29, berkata insiden itu membuatkan dia benar-benar terkejut sehingga tidak mampu untuk berkata apa-apa.

“Maaf, bukan tidak mahu memberi kerjasama tetapi saya benar-benar tidak tahu nak cakap apa.

“Saya tergamam dan tidak mampu untuk berkata apa-apa. Minta maaf,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online pada petang Rabu.



Minggu lalu, bapa pelakon itu Datuk Yusof Haslam dan Syamsul sendiri melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sebelum tayangan.

Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram.

Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta.

Insiden itu membuatkan Syamsul membuat keputusan untuk berhenti mengarah filem sehingga menimbulkan perasaan risau Yusof.

Malah dia turut tidak hadir ke previu filem itu di TGV One Utama di sini, Isnin lalu.

Ditanya sekali lagi adakah benar dia ingin menarik diri daripada bidang pengarahan, dia enggan mengulas tentang perkara itu.

“Saya memang tak tahu nak cakap apa,” ujarnya. -mStar



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
KL Gangster 2 : Tak Tahu Nak Cakap Apa?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 12 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!