Saturday, 21 September 2013

Kerajaan Selangor Menghormati Komunis?!

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor (PERKASA), Abu Bakar Yahya menyuarakan keraguan terhadap agenda Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan mesyuarat Exco negeri di Bangkok yang bermula semalam dan hari ini.

Abu Bakar dilaporkan Antarapos berharap ‘retreat’ kerajaan Selangor itu tiada kaitan dengan kematian Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Isnin lalu.

“Penjelasan itu penting bagi menafikan dakwaan mereka pergi ke sana juga bertujuan menziarahi mendiang Chin Peng, yang mati, Isnin lalu.

“PERKASA Selangor berharap pemergian mereka ini tiada helah lain. Apapun, biar rakyat menilai sama ada benar-benar untuk rakyat negeri ini atau sebaliknya,” katanya.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata tindakan kerajaan negeri itu satu pembaziran wang rakyat.

“Tujuan mesyuarat Exco untuk mendapatkan hasil dan tidak semestinya diadakan di luar negara. Apa keperluan untuk bermesyuarat di sana. “Abdul Khalid perlu jelaskan kerana sebelum ini beliau mendabik dada kononnya menguruskan belanjawan berhemat.

“Lawatan seperti ini pasti membabitkan implikasi kewangan kerana pegawai kerajaan negeri juga turut dibawa. Di mana punca kewangan untuk lawatan itu kerana jika tidak, ia pasti dianggap membazirkan wang rakyat,” katanya.

Semalam blog the Unspinners mendakwa seramai 18 orang terdiri daripada Exco dan pegawai kerajaan negeri Selangor telah bertolak dari KLIA pada 18 Sep 2013 jam 10:00 pagi ke Bangkok.



“The Unspinners mendapat maklumat bahawa exco Selangor akan mengadakan Mesyuarat Exco Negeri Selangor di World Club Hotel, Bangkok, Thailand dari hari ini 18hb ke 20hb.

“Dipercayai mesyuarat di adakan di situ bersempena kematian Chin Peng. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah usaha kerajaan Pakatan Rakyat mahu pertahan saham politik dengan sebahagian masyarakat Cina untuk memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng.

“Segala perbelanjaan pemergiaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dan dengan demikian bermakna kerajaan Selangor menghormati pengganas,” dakwa blog itu.-AIDC


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kerajaan Selangor Menghormati Komunis?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 21 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!