Tuesday, 24 September 2013

Kenapa Anwar Masih Membisu?

Mungkin ada yang berkata bahawa mengungkit dan mencabar Anwar agar menjawab tuduhan mengenai kewujudan lebih 20 akaun bank miliknya dengan jumlah puluhan dan ratusan juta ringgit sebagai satu tindakan yang membuang masa. Kononnya, kedudukan kewangan Anwar tiada kena mengena dengan negara dan rakyat. Kononnya, ia semua adalah pembohongan bagi memburukkan nama Anwar semata-mata.

Benar, mengorek dan mengungkit soal jumlah wang yang dimiliki seseorang adalah tidak relevan. Tetapi, kita harus ingat bahawa Anwar bukan ‘seseorang’ tetapi beliau adalah Ketua Pembangkang Malaysia yang kerjanya saban hari memfitnah kerajaan sebagai korup dan pemimpin negara sebagai gemar bermewah-mewah.

Anwar juga gemar menunjuk imej sederhana di mana anak isterinya juga seringkali hanya berpakaian biasa tanpa sebarang perhiasan walaupun ketika menghadiri acara besar. Dengan itu, penyokong-penyokongnya selalu membandingkan keluarga Anwar dengan keluarga pemimpin UMNO serta menyebarkan persepsi kononnya pemimpin UMNO boros dan ‘makan duit rakyat’.

Namun, penyokong-penyokong Anwar lupa untuk bertanya, dari mana datangnya wang untuk mengupah sebarisan peguam yang terkenal untuk membelanya dalam semua kes mahkamahnya selama ini? Tambahan pula, salah seorang peguam itu merupakan orang yang pertama menuduhnya atas kesalahan liwat tetapi kini bertindak membelanya pula. Bayangkan, berapa juta yang diperlukan untuk membuat seseorang berpaling tadah sebegitu?

Setakat apa yang terdedah, bayaran Anwar untuk peguam itu sahaja adalah RM50 juta. Bukan sahaja bayaran peguam yang mahal tetapi gaya hidup Anwar sekeluarga yang mengalahkan Ketua Negara cukup mencurigakan kita. Semua orang tahu bagaimana Anwar keluar masuk negara, tinggal di hotel-hotel mewah bernilai ribuan ringgit semalam. Beliau juga mempunyai sekurang-kurangnya 7 pengawal peribadi. Itu belum termasuk pemandu dan pembantu untuk dirinya dan keluarga.

Yang menjadi masalah ialah Anwar bukan seorang tokoh korporat atau taikun bertaraf dunia untuk mempunyai wang sebanyak itu. Beliau juga bukan Ketua Negara yang layak mendapat segala perkhidmatan dan kemudahan tersebut di bawah tanggungan kerajaan.

Justeru, desakan JMM agar Anwar membenarkan akaunnya didedah adalah wajar. JMM tidak mahu menyusahkan Anwar dan sanggup menunggu Anwar di mana sahaja asalkan beliau menandatangani kebenaran kepada Bank Negara untuk mendedahkan akaun beliau.

Malangnya, Anwar membisu seribu bahasa. Nampaknya Anwar tidak berminat pun untuk melayan isu ini dan penyokongnya juga pura-pura tidak tahu menahu dan tidak mendengar apa-apa.

Mungkin bagi penyokong Anwar, hanya pemimpin BN yang perlu dipantau, tetapi pemimpin mereka boleh saja menerima dana dari apa jua sumber, tiada salahnya. Jika wang Anwar datang dari lorong gelap atau darah umat Islam Palestine, Iraq, Afghanistan pun mereka tidak peduli. Kerana itu, Anwar terus membisu kerana beliau tahu penyokong-penyokongnya semuanya bodoh macam lembu.







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kenapa Anwar Masih Membisu? Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 24 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!