Thursday, 19 September 2013

Kenali Calon Naib Ketua Pemuda Lumut 2013

Pernah dilihat wajah ini?! Biasa dengan panggilan nama manja beliau?! Disini diceritakan serba ringkas tentang Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut.



Mahadzir Bin Muhamad berumur lingkungan 37-38 tahun  juga Naib Ketua Pemuda Cawangan Kg Sungai Wangi.Pernah memegang AJK pemuda bahagian lumut 2008 - 2013 dan AJK UMNO Cawangan Kg Sungai Wangi dan telah bergelumbang didalam UMNO lebih dari 17 tahun.

Beliau jua adalah Pengerusi Gerak saraf dan Perang Saraf PRU 13 Parlimen Lumut, Jentera BN (calon UMNO) untuk DUN Pasir Panjang dan mempunyai pendidikan tertinggi Diploma Pengurusan Organisasi yang amat sesuai didalam pemerintahan pemuda hari ini

Beliau jugaBergiat aktif didalam berpersatuan diantaranya AJK C2 Bikers dan AJK kelab Sukan Komuniti Sitiawan. 


Secara peribadinya aku mengenali beliau yang serba cool dan berpewatakkan lembut. Rasanya cukup senang didekati malah seorang pendengar yang baik. Ini lah ciri-ciri yang wajib ada pada seorang yang bakal memimpin para pemuda hari ini, Insyallah!


Hitam-hitam sitampuk manggis,
Walau pun hitam ku pandang manis.

Hitam-hitam siberas pulut,
Walau pun hitam hati terpaut.

Hitam-hitam buah kepayang,
Walau pun hitam hati dah sayang.

Hitam-hitam sigunung Daik,
Walau pun hitam hatinya baik.

Hitam-hitam sianak angsa,
Walau pun hitam berbudi bahasa.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kenali Calon Naib Ketua Pemuda Lumut 2013 Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 19 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!