Sunday, 22 September 2013

Kenali Calon Ketua Pemuda Pergerakkan UMNO Bahagian Gerik

Harapan baru untuk perubahan bagi pergerakan pemuda dan umno bahagian Gerik


Biodata

Lahir dalam sebuah keluarga kampung sederhana dan sentiasa berusaha merubah sosial ekonomi dan pendidikan keluarga dan ingin menjadi contoh kepada masyarakat. Syukur kehadrat Allah swt kerana ahli keluarga kini telah berjaya dalam pendidikan dan kerjaya yang diceburi masing

Nama : Zulasri Shaarani
Anak : 5 dari 8 adik beradik
Umur : 37tahun
Tempat lahir : Kampung Jong, Gerik Perak (anak tempatan Gerik)

pendidikan : Dip. Of medical assistant (Multi Task With Post Basic Specialist in Nephrologi) 

Terkenal dengan perkhidmatan perubatan yg mesra dan prihatin tanpa mengira ideologi politik kepada penduduk tempatan dari segi merawat pesakit di Klinik Kesihatan Plang dan merawat pesakit di rumah jika memerlukan khidmat di sekitar Gerik,selama 5 tahun – 


Mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk (OA)-orang asal peribumi sekitar PBS Banun, RPS Remar, Sg Tiang, Sg. Kejar, Pulau Tujuh, Kg Semeloh, Bukit Asu kerana telibat secara lansung dalam memberi ubat semasa dalam mengetuai unit medical mobile team di Pejabat Kesihatan Hulu Perak pada awal perkhidmatan dulu dan hubungan dgn OA kekal erat hingga sekarang.

Berkhidmat selama 6 tahun di Hospital Gerik di Jabatan Nephrologi (Unit Heamodialis) banyak membantu pesakit yg kurang mampu untuk di serap ke Hospital Kerajaan, Cukup sinonim di kalangan masyarakat sebagai seorang yg berkebajikan. Membantu mengurus bantuan-bantuan yg di perlukan untuk pesakit.


Bergaul dengan anak muda tempatan dalam semua aspek kehidupan dan aktiviti harian kerana beliau sendiri anak tempatan dan bertugas di kampung halaman sendiri

Aktif dalam NGO dan berpersatuan (belia) - 

pengalaman

2000-2005 - setiausaha kehormat kelab sukan dan kebajikan kesihatan hulu perak

2000-2004 - setiausaha kehormat persatuan belia sinar bakti kg.Jong

2001-2004 - pensyarah dan pemeriksa bulan sabit merah cabang gerik

2000-2004 - ajk rakan muda daerah gerik

2006-2011 - naib yang dipertua kelab sukan dan kebajikan hospital gerik


Penglibatan Dalam (Aktif) politik

1993 
- Selepas SPM telah membantu melakukan kerja-kerja kesetiausahaan bagi umno caw. Jong 

- Aktif dan sangat berperanan dalam setiap pilihan raya umum…antara tugas2 penting…ialah pengurusan dan berperanan mengumpul kekuatan pemuda walaupun waktu itu bukan sebagai ketua pemuda 

2005 
- menjadi ahli pemuda umno caw. Kg jong

2008-2013 
- menjadi ajk umno caw kg. Jong
- dilantik menjadi setausahan umno zon kerunai (mewakili 7 Caw dalam zon)

2010 – 2013
- dilantik menjadi urusetia war room dun N.02 temengor

2013
-PRU 13 beliau merupakan s/u pdm kerunai dan dalam masa yang sama melakukan kerja pengerusi pdm kerunai (kerana pengerusi zon kerunai menjadi wakil calon mp bghn gerik semasa itu) segala perjalanan proses kerja dan pelaksanaan utk pru sudah byk di timba sebangai pengalaman.

Dikenali dalam arena politik seorang yang prihatin dan mudah bergaul dan mementingkan semangat perpaduan dan setia kawan. Cukup bertanggungjawab setiap amanah yang di pikul bekerja tanpa mengira imbuhan dan tidak suka menonjolkan diri .Bekerja demi semat-mata untuk kepentingan parti …sangat tegas dalam memperjuangkan hal agama, bangsa dan tanah air

“Ukhwah yang di semai, kerjasama yang di tuai’ Berusaha membentuk penyatupaduan antara pemuda dan menjalin kerjasama antara semua sayap tanpa ada sifat persaingan Banyak melakukan kerja2 war room dun No.2 pada pilihanraya lalu dan banyak analisis yang dilakukan oleh beliau dan mengetahui punca dan cara untuk solusinya…mudah kata hubungan antara pemuda khususnya dan ketua-ketua cawangan di sekitar bahagian Gerik amat baik.

Apa yang penting sekarang beliau tahu apa kehendak pemuda di akar umbi dan tahu kaedah untuk menyatukan ahli umno dan menambah bilangan ahli baru demi untuk persediaan bagi memperkasakan jentera dan untuk menghadapi pru14 yang datang!





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kenali Calon Ketua Pemuda Pergerakkan UMNO Bahagian Gerik Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 22 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!