Monday, 23 September 2013

Kemunafikan Pembangkang Jelas Bila Fitnah Tun Razak

Tindakan pihak tertentu mendakwa kononnya bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak pernah menjadi tali barut Jepun disifatkan sebagai satu pembohongan dan fitnah jahat.


Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menyifatkan penyebaran fitnah tersebut sebagai gimik politik yang cetek dan individu terbabit yang menyebarkannya sebagai buta sejarah.

"Kenapa yang pernah menjadi askar Force 136 yang berjuang demi masa depan Malaya ketika itu tidak digembar-gemburkan? Sebab itu saya kata, kalau nak bercerita, ceritalah betul-betul.

"Apa yang saya lihat, perkara itu hanyalah gimik politik oleh mereka yang cetek akal. Bukti dan fakta Tun Abdul Razak menjadi askar jangan diketepikan. Saya harap rakyat pada masa ini tidak percaya dengan isu tersebut," katanya diminta mengulas tindakan pihak tertentu menyiarkan video di dalam YouTube baru-baru ini yang mendakwa kononnya Perdana Menteri Kedua itu sebagai tali barut Jepun. - UTUSAN 


Keterangan terperinci baca sini :



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kemunafikan Pembangkang Jelas Bila Fitnah Tun Razak Daeng Selili Rating: 5 Monday, 23 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!