Thursday, 12 September 2013

Jangan Sembelih Ayam - Datuk Shamsudin Abu Hassan

Kesemua pasar di bawah kelolaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti penyembelihan ayam, itik dan unggas.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Shamsudin Abu Hassan, larangan itu bertujuan mengelakkan sebarang penyakit berjangkit.

Sementara itu, dasar tersebut juga katanya, bertujuan mengawal pencemaran air sungai yang berpunca daripada pembuangan sisa buangan daripada aktiviti tersebut.

Ayam Yang Berpotensi Berpenyakit Wajar Dilupuskan
“Tindakan tidak membenarkan penyembelihan dilakukan di pasar adalah amat dialu-alukan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang berunding untuk pelaksanaannya dalam masa yang terdekat.

Katanya lagi, kerajaan sedang dalam perbincangan dan tindakan segera untuk proses tersebut dilaksanakan masih lagi dalam berbincangan dan setakat ini proses penyembelihan masih berjalan seperti biasa sehingga arahan diterima daripada Kerajaan Pusat.

Perundingan akan dibuat diantara semua pihak seperti peniaga, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan PBT sendiri.

Tambahnya lagi, proses ini perlu dilakukan mengikut prosedur yang teratur dan semua pihak yang terlibat perlu berbincang dengan lebih teliti mengenai pelaksanaan serta sebarang keputusan berkenaannya akan dimaklumkan selepas itu.

Satu premis khas akan diwujudkan bagi tujuan penyembelihan dan pekara ini masih lagi dalam perbincangan dan bakal dijalankan dalam tempoh masa yang terdekat, ujarnya lagi. - Peraktoday


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Jangan Sembelih Ayam - Datuk Shamsudin Abu Hassan Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 12 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!