Tuesday, 3 September 2013

Isu Penarikan Subsidi Minyak : Teguran Telus Kepada DS Najib?!

Kadang kala ada yang ada agenda lain disebalik niat dan hasil dari tegur menegur kepada pemerintah Malaysia yang diketuai Dato Seri Najib Razak.


Malam tadi aku berkesempatan menjenguk beberapa blog tak portal pro-BN dan pro-PR yang mendendangkan Isu Penarikan subsidi Minyak oleh kerajaan Malaysia. Dalam kemeriahan mengkritik dan mempersoalkan tindakkan ini belaku pergolakkan yang agak drastik dikedua-dua pihak penyokong parti sedangkan keputusan ini bukanlah satu agenda politik seperti yang dinyatakan oleh DS Najib.

Siapa yang gembira diatas penarikan subsidi ini? Rata-rata ramai secara melulu menyalahkan Barisan Nasional sebagai dalang "kezaliman" ini sedangkan mereka lupa ini adalah subsidi bukannya menaikkan harga dari harga yang sepatutnya dicaj.

Berkata tentang fakta, adakah dengan hati menerima fakta sedangkan memang tiada siapa pun gembira akan perkhabaran ini. Malah ditiupkan lagi api kemarahan segelintir pihak yang berkempen untuk si-dia dan si-dia.

Tetapi adalah lebih baik Isu Penarikan Subsidi ini bakal dikaji semula walaupun ada hujah yang mengatakan insiden pergolakkan negara-negara pembekal minyak di arab menyumbang kepada lonjakan harga pasaran minyak dunia.

Aku bersetuju dengan tindakkan cara Saudara Mohamad Faiz Yaccob penuh hormat menegur Dato Seri Najib berkenaan isu ini, bukannya hanya menulis dengan kata nista dan maki hamun berpikul-pikul kepada Yang Berhormat Perdana Menteri.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Isu Penarikan Subsidi Minyak : Teguran Telus Kepada DS Najib?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 3 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!