Monday, 16 September 2013

Impian PSM Bakal Naik Darah Tuan Guru Hadi Awang

“Kami berharap Presiden PAS dapat menjelaskan kepada kami samada ‘serangan’ yang ditujukan beliau itu merujuk kepada PSM dan kerusi DUN Kota Damansara dan sila tarik semula segala kenyataan yang dikeluarkan,” kata Dr Mohd Nasir lagi.

Status penggabungan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan Pakatan Rakyat (Pakatan) sekarang ini mungkin boleh dikatakan menemui jalan buntu, namun parti sosialis itu masih ‘membuka pintu’ sekiranya Pakatan masih berminat ke arah usaha tersebut.

Pengerusi PSM Dr Nasir Hashim berkata, parti itu tidak mempunyai sebarang masalah untuk berbuat demikian, namun dengan syarat Pakatan harus menerima prinsip yang diperjuangkan PSM.



Tambahnya lagi, PSM kini sedang bersama-sama dengan sebuah gabungan yang diberi nama ‘Gabungan Kiri’, iaitu sebuah pertubuhan baru yang bertujuan menganalisa sistem ekonomi negara.

“Sekarang ini kalau nak bergabung boleh, tapi kita nak menggerakkan apa yang dipanggil gabungan kiri. Gabungan kiri dah mula, ia yang akan menentukan hala tuju..siapa yang berhaluan kiri, tak senang dengan sistem yang ada iaitu yang tak membantu rakyat, sertailah kami.

“Gabungan kiri ini melihat kepada GST, TPPA, penswastaan, korupsi..maknanya sistem yang menindas, di mana rakyat terpinggir. Maknanya ia perjuangan kepada rakyat,” katanya dalam sesi temubual eksklusif bersama Antarapos, baru-baru ini.

Pentas politik negara beberapa bulan lalu dihangatkan dengan kontroversi antara parti tersebut dengan Pakatan, bermula apabila Dr Nasir yang bertanding atas tiket PKR terpaksa bertembung dengan rakan sekutu sendiri, PAS di kerusi Dun Kota Damansara dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Dr Nasir adalah penyandang kerusi Dun tersebut pada PRU 2008, namun tidak berjaya mengekalkannya pada PRU yang lalu disebabkan tindakan PAS yang turut meletakkan calon serta kempen parti Islam itu yang cuba menjatuhkan beliau.

“Pertama kali dalam karier saya, tak sangka PAS boleh buat macam itu..buat kempen kata saya dah menarik diri (jadi calon), mengatakan saya komunis, tak pergi sembahyang.

“Politik itu kotor, tak kisahlah agama apa pun. Anda Islam, tapi jiwa anda itu kotor..kapitalis..jiwa yang saya tak sangka.. tapi kita terima sajalah. Saya dah buat yang terbaik jadi saya tak terkilan.

“Tapi banyak orang PAS selepas itu minta maaf kepada saya.. tak sangka jadi macam itu. Pasal ia konflik dalaman PAS, antara moderate dan konservatif dalam PAS..(tapi) melimpah di Kota Damansara. Itu yang dikatakan fitnah,” katanya.

Justeru, beliau tidak menolak sikap tarik tali PR berhubung isu penggabungan parti sedikit sebanyak disebabkan ‘ketidaksenangan’ PAS terhadap PSM.

“Kita tahu mereka tak boleh terima kita sebab pertikaikan semua itu. Tapi mereka buat macam kita yang tak mahu bersama mereka. Kita cakap kita nak join, tapi mereka tak boleh buat. Itu yang bertangguh-tangguh.

“Macam sekarang, mungkin PASlah (enggan) tapi kalau kita tengok sejarah PAS pun, Dr Burhanudin pun seorang yang sosialis yang pelopor kepada PAS itu,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Dr Nasir berkata PSM tetap utuh berjuang meskipun tidak dibantu oleh PR, bahkan sebelum PRU-13 lagi PSM telah berjaya mendapat tempat di hati rakyat.

“Sekarang ini kita belum katakan sebahagian daripada PR. Secara peribadi, (penggabungan) sukar buat mereka. PSM dah berjuang bertahun bersendirian, kita tak mahu orang kongkong kita dengan alasan yang tak betul.

“Kita pertikaikan sistem ekonomi, orang lain tak pertikai, hanya nak ubahsuai.. Kita nak jatuhkan sistem ekonomi pasal ia tak membantu rakyat.

“Tapi kita masih berhubung.. bukan bercerai.. kita tak berkahwin pun, macam mana nak bercerai. Kita hanya kawan,” rumus beliau mengenai hubungan PSM dengan PR – Antarapos

Daeng : Pengikut PAS Sungai Siput merelakan undi mereka sedangkan Hadi Awang sendiri menolak PSM? baca lagi : http://www.astroawani.com/news/show/psm-minta-hadi-buktikan-tuduhan-komunis-12727






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Impian PSM Bakal Naik Darah Tuan Guru Hadi Awang Daeng Selili Rating: 5 Monday, 16 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!