Friday, 20 September 2013

Hukum Kerja Kilang Keranda?!

SOALAN

Assalamualaikum.. Ustaz, saya ada 1 soalan, apakah hukum seseorang Islam bekerja di kilang membuat keranda orang bukan Islam yang terdapat patung berhala pada keranda itu, dan adakah halal gaji yang kita dapat daripada pekerjaan itu?...Terima kasih

JAWAPAN

Bagi menjelaskan isu ini, asas yang perlu difahami adalah sama ada boleh atau tidak kita bertugas dan membantu dalam pembuatan barang ibadah agama lain yang jelas mensyirikkan Allah.

Tidak dinafikan terdapat perbezaan pandangan ulama dalam hal sebegini sebagaimana terdapat perbezaaan dalam menentukan hukum menjual sesuatu barang harus kepada pembeli yang diketahui akan menggunakannya untuk tujuan haram. Namun secara ringkas menurut pandangan saya, gaji inidivdu yang bertugas di tempat sedemikian adalah syubhah.

Gambar Hiasan

Jika sekadar membuat keranda, saya kira ia adalah nenutral dan HARUS kerana keranda hanyalah satu kemudahan untuk mengebumikan mayat. Namun begitu, isu berbeza di ketika wujudnya berhala atau apa-apa tanda kepercayaan agama selain Islam di keranda tersebut seperti salib, gambar berhala yang disemabhnya dan sebagainya.

Apabila invidu Muslim terlibat dalam pembuatan berhala atau simbol-simbol yang diketahui adalah satu item mensyirikan Allah, gajinya dikira tidak bersih di sisi Islam.

Adalah jelas dari firman Allah larangan dalam membantu kemaksiatan Allah SWT berfirman:

"... janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)." ( Al-Maidah : 2)


Sebuah hadis menyebut :

"Barangsiapa yang mengulurkan bantuan untuk membunuh seorang Islam walaupun dengan sepatah kalimah, ia akan bertemu Allah s.w.t di akhirat kelak dengan tertulis di antara dua matanya, orang yang putus asa dengan rahmat Allah s.w.t" ( Riwayat Ibn Majah)

Hadis ini jelas melarang sebarang kerjasama dari seorang Muslim Mukmin dengan apa sahaja perbuatan dan pekerjaan yang tergolong dalam dosa, seperti membunuh dan mensyirikkan Allah. Menyiapkan keranda yang mempunyai patung berhala dikira satu tugas yang menyokong kesyirikan. Justeru ia perlu dijauhkan.


Nabi s.a.w bersabda :-

"Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya." (Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani: Hasan Sohih)

KESIMPULAN

Sekiranya pekerja Muslim hanya membuat keranda tanpa sebarang berhala dan tanda keagamaan, menurut hemat saya ia adalah HARUS (seperti gambar hiasan coffin yang disertakan di atas) kerana menjual item tersebut secara neutral. Namun apabila keranda itu disertakan dengan ciri-ciri kesyirikan seperti berhala, tulisan puja dan pujian tertentu kepada selain Allah, tatkala itu pendapatan pekerja Muslim akan tergugat kehalalannya. Wajarlah ia dengan segera menamatkan kerjaya di kilang sebegitu. Wallahu'alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman 

sumber


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Hukum Kerja Kilang Keranda?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 20 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!