Wednesday, 11 September 2013

Hishamuddin Sahkan Tangan Ghaib Dari Luar

Pengakuan Hishamuddin dlm media pembangkang sekaligus mengesahkan bahawa dia dan Pak Samad serta pembangkang ada agenda tersirat yg merbahaya....

Sang Saka Malaya adalah bendera kebanggaan dua pertubuhan berhaluan kiri, Putera (Pusat Tenaga Rakyat) dan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) ditubuhkan sekitar tahun 1947 yang turut diresapi elemen komunis.

Putera ditubuhkan sebagai sayap Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang sekarang ini menyerap masuk ke dalam PKR.

"Ahmad Boestamam dan PKMM telah dipengaruhi oleh PKM (Parti Komunis Malaya) untuk menubuhkan PUTERA, sebagai satu badan radikal Melayu yang besar bagi bergabung dengan AMCJA, sebuah gabungan parti politik bukan Melayu yang juga dipengaruhi oleh PKM. Kedua-dua organisasi kemudian menjadi penentang yang penting kerana telah mengeluarkan Perlembagaan Rakyat sebagai satu perlembagaan pilihan kepada orang ramai, selain Perjanjian Persekutuan 1948 yang disediakan oleh UMNO , raja-raja Melayu dan kerajaan British" rujuk wikipedia Ahmad Boestamam.

Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako yang kemudiannya menjadi pemimpin Parti Buroh (parti diharamkan selepas 13 Mei 1969). Menurut Hishamuddin lg, Putera-AMCJA pada tahun 1948 hampir menyamai gabungan politik Pakatan Rakyat hari ini yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.

"Apabila mereka melancarkan Perlembagaan Rakyat, mereka juga melancarkan Sang Saka sebagai bendera kepada Tanah Melayu merdeka. Bila saya cakap tentang Tanah Melayu merdeka itu Tanah Melayu merdeka bersama-sama Singapura" Lihat, apa yg dia kata?

Adakah ini dinamakan Rakyat yg MERDEKA? Adakah ini dinamakan PERPADUAN? Sengaja mencari jalan utk menggugat keamanan negara? Tahukah kalian bahawa anasir menjadikan Malaysia republik dan bergabung dgn Singapura bila mereka berjaya memerintah adalah agenda terancang yg cuba dipromosikan dgn pengibaran bendera itu? Kenapa tidak menghargai Sabah dan Sarawak? Tak cukup ke dgn lagu Anwar, "Tnya sama pokok?"

ADAKAH INI MENUNJUKAN BAHAWA ADA TANGAN2 GHAIB DR SINGAPURA YG MAHU MENGHANCURKAN SEJARAH DAN KEMERDEKAAN MALAYSIA?

- Sumber



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hishamuddin Sahkan Tangan Ghaib Dari Luar Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 11 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!