Thursday, 19 September 2013

Geng Fizi Manjoi : 8 Penyamun Junior Kantoi

Tiga pelajar sekolah menengah antara lapan diberkas anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam serbuan yang dilakukan di lima rumah sekitar bandaraya ini Isnin lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Geng Fizi Manjoi itu bergiat aktif dalam kegiatan samun kedai serbaneka 24 jam yang sering berlaku awal pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman berkata, berdasarkan maklumat orang ramai, anggota D9 menyerbu sebuah rumah di Taman Bertuah dan menahan dua lelaki berusia 21 dan 26 tahun.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan ke atas pengawal keselamatan dan penganggur itu, anggotanya berjaya memberkas enam lelaki berusia 17 hingga 28 tahun di empat rumah berasingan yang terletak di Taman Lim, Chepor, Silibin dan Taman Muhibbah.


“Ketika tangkapan dilakukan, pihak kami merampas barang yang dipercayai digunakan untuk menyamun antaranya tiga topi keledar, baju, baju sejuk, tiga motosikal, pisau dan tiga parang.

“Parang itu dipercayai digunakan kumpulan tersebut untuk mengugut dan menakutkan pekerja di premis berkenaan.

“Kami juga turut menemui tiga motosikal yang mana satu enjinnya dileraikan manakala dua lagi merupakan motosikal milik suspek,” katanya kepada media semalam di IPD Ipoh, semalam.

Anuar berkata, siasatan awal dijalankan mendapati kumpulan berkenaan terlibat melakukan samun kedai serbaneka 24 jam di sekitar Ipoh.

Beliau berkata, antara barangan sering disamun adalah makanan ringan, rokok dan wang tunai. Kebiasaannya rokok yang dicuri akan dijual kepada pelanggan pada harga murah.

Katanya, kumpulan itu mengaku terbabit dalam empat kes samun kedai serbaneka di Sungai Senam, Kampung Tawas dan Kampung Simee.

Menurutnya, ada dalam kalangan suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk dadah dan pecah rumah.


Kesemua mereka kini direman sehingga 16 September lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 /397 Kanun Keseksaan (samun berkawan tanpa bersenjata api).

Anuar berkata, pihaknya akan meneruskan usaha untuk mencari dan menumpaskan kumpulan yang melakukan modus operandi sama bagi membendung kegiatan samun yang mendatangkan ketakutan pada pengusaha-pengusaha kedai 24 jam. - sinar







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Geng Fizi Manjoi : 8 Penyamun Junior Kantoi Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 19 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!