Thursday, 26 September 2013

Fenomena Hina Nabi Muhammad saw Bebas?!

BERDASARKAN faktor sejarah, usaha menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam telah bermula sejak dikatahui bahawa akan muncul seorang nabi yang terakhir sebagaimana terdapat dalam kitab-kitab agama untuk memimpin manusia ke bentuk kehidupan yang lebih bermoral dan berakhlak. Islam lahir sebagai agama yang berusaha membentuk kehidupan yang bermoral dan menghormati hak setiap orang selagi hak itu tidak disalahgunakan.


Sejak kalimah “Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah” berkumandang, Islam terus ditentang, dikecam, diancam dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri diancam ugutan bunuh. Banyak kedengaran nama-nama besar yang menentang, tetapi semuanya itu dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabar, kasih dayang dan lemah lembut sehingga berjaya menarik penentang-penentang baginda, kecualilah Abu Jahal dan Abu Lahab.


Sejak awal lagi Nabi Muhammad s.a.w dituduh dengan pelbagai keburukan termasuk “orang gila”, “gila seks”, “mencipta al-Quran”, “dipengaruhi syaitan’, “pembohong”, memplagiatkan isikandungan al-Quran daripada kitab-kitab terdahulu, yakni dari kitab Yahudi dan Nasrani, menzalimi bukan Islam (terutama Yahudi) dan menyekat perniagaan kaum Quraisy yang menguasai kota Mekah dengan menghancurkan beratus-ratus berhala.


Nabi Muhammad s.a.w dituduh “gila seks” kerana mempunyai lebih seorang isteri dan berkahwin dengan seorang wanita yang berumur 9 tahun. Ketika berkahwin dengan Aisyah, yakni isteri yang dipersendakan dalam filem Innocence of Muslims, Aisyah adalah masih kanak-kanak sedangkan baginda berumur 61 tahun. Nabi Muhammad berkahwin dengan 12 orang wanita kesemuanya, dan ini dijadikan bukti “gila seks”.

Rasulullah s.a.w berkahwin buat kali pertama ketika berumur 25 tahun dengan seorang wanita yang sudah dua kali janda anda berumur 40 tahun, iaitu Khadijah R.A. Secara lojiknya kalau diikutkan perspektif psikologi apakah seks itu menjadi faktor utama perkahwinan baginda dengan Khadijah yang sudah berumur 40 tahun dan dua kali menjadi janda? (Dr Muhammad Syafii Antonio, Muhammad SAW: The Super Leader, Super Manager, 2007).

Kehidupan bersama Khadijah r.a berlangsung selama 30 tahun yang membahagiakan. Baginda hanya berkahwin buat kali kedua setelah isteri pertama meninggal dunia, itu pun dengan seorang janda beranak 12 dan berusia 70 tahun bernama Saudah binti Zum’ah yang kematian suami dalam peperangan.

Rasulullah s.a.w hanya berkahwin dengan dua orang wanita dalam kategori gadis, dan selebihnya adalah janda, iaitu empat orang berusia lebih muda (isteri ketiga, Zainab, 45: Nabi, 56; kelima, Ummu Habibah Ramlah binti Abi Sufyan, 47: Nabi, 57; kesembilan, Zainab binti Khuzaimah bin Haris, 50: Nabi, 58; dan kesebelas, Hafshah binti Umar bin Khattab, 35: Nabi, 61). Dua orang isteri baginda yang masih gadis ialah kesepuluh, Mariyah al-Kibtiyyah, 25: Nabi, 59; dan kedua dua belas, Aisyah binti Abu Bakar, 9: Nabi, 61).

Isteri Rasulullah s.a.w yang lainnya merupakan janda yang umurnya lebih tua, iaitu (1) Khadijah, 40: Nabi, 25; (2) Saudah binti Zum’ah, 70: Nabi, 56; (4) Ummu Salamah binti Abu Umayyah, 62: Nabi, 56; (6) Juwairiyyah binti Al-Harits al-Khuzaiyyah, 65: Nabi, 57; dan (8) Maimunah binti al-Harits, 63: Nabi, 58. - dakwah.my


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Fenomena Hina Nabi Muhammad saw Bebas?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 26 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!