Friday, 6 September 2013

Elizabeth Punca Bekalan Air Terputus?!

ujung minggu lepas hampir 60 peratus pengguna air di Lembah Klang menghadapi masalah bekalan air. Ada yang mengalami masalah tersebut hanya sehari, ada yang dua hari dan tiga hari. Bergantung kepada kawasan yang mereka tinggal. Antara kawasan yang terlibat adalah, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Masalah tersebut timbul berpunca daripada pencemaran diesel di bahagian hulu Sungai Selangor atau lebih tepat lagi di Rawang. 

Bakal Ikon Perlanncuran Selangor (Kuba Rabit)
Pengendali loji rawatan air terpaksa menutup muka sauk (punca air masuk ke loji rawatan) sehingga diesel yang tumpah dibersihkan. Jika pengendali loji terus memproses air yang dicemari diesel, maka kita semua akan mendapat air yang berbau. Selain dari itu ianya boleh merosakkan mesin-mesin yang digunakan untuk merawat air. Apabila mesin rosak kita akan menghadapi masalah bekalan air yang lebih lama kerana proses membaik pulih mesin-mesin tersebut memakan masa yang agak lama. 

Saya bukan nak bercerita bagaimana cara air dirawat, cara membekal air atau cara menyalurkan air.

Matlamat utama saya menulis perkara ini di sini adalah untuk berkongsi dengan anda bagaimana kesetanan pemimpin PKR yang memerintah Selangor melepaskan diri mereka dan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Jadi saya terpaksa berceritalah sikit sistem bekalan air di Selangor supaya anda jelas apa yang utama yang saya hendak sampaikan. 

Di Selangor apabila bercakap pasal air maka semua terus akan terlintas Syabas. Apabila tiada air hujung minggu lepas semua letakkan kesalahan kepada Syabas 100 peratus. Walhal yang sebaliknya Kerajaan Selangor yang menjadi punca utama 60 peratus penduduk Lembah Klang terputus bekalan air minggu lepas. 

Mungkin ada yang berkata, kenapa pula Kerajaan Selangor sedangkan semua orang tahu Syabas yang membekalkan air ? 


Inilah yang saya nak ceritakan....[KLIK BACA SINI]







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Elizabeth Punca Bekalan Air Terputus?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 6 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!