Monday, 2 September 2013

DBKL Roboh Kuil : Tiada Notis Punca Salah Faham

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak merobohkan kuil di Jalan P. Ramlee di sini sebaliknya mereka cuba mengalihkan beberapa patung di dalam kuil itu ke kawasan sementara bagi membolehkan kerja membaik pulih jalan di kawasan kuil itu dilakukan.

Justeru, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad menafikan laporan sebuah portal yang melaporkan DBKL cuba merobohkan kuil berusia 101 tahun itu.

Salah seorang penganut Hindu yang ditangkap kerana menghalang perobohan kuil. berkenaan pagi ini.
Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 1 September, 2013.

"DBKL cuma nak alihkan patung di kuil itu, bukan nak robohkan.

Kalau dah siap (kerja membaik pulih), patung itu akan diletak semula di tempatnya," katanya dalam satu kenyataan.

Zainuddin mengulas penahanan lapan lelaki termasuk Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan T.Mohan kira-kira 11 pagi tadi kerana dipercayai cuba menghalang kerja-kerja DBKL itu.
ACP Zainuddin Ahmad
Kesemua mereka diambil keterangan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan petang tadi.

"Kita percaya ini adalah salah faham antara kumpulan lelaki itu dan DBKL. Mereka mungkin menyangka DBKL hendak merobohkan kuil tersebut," jelasnya.

Sementara itu Mohan ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mendakwa DBKL tidak memberi sebarang notis kepada pihak pengurusan kuil untuk mengalihkan tiga patung di kuil itu.

"Jika DBKL hendak mengalihkan patung-patung tersebut, mereka perlu beri notis. Tapi tiada sebarang notis diberikan. Saya amat kesal kerana DBKL tidak sensitif dengan isu ini," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan segelintir anggota DBKL yang didakwanya tidak menghormati kesucian kuil itu ketika memasuki premis berkenaan.

Mohan menggesa Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya campur tangan dalam isu itu kerana katanya Kabinet telah bersetuju untuk tidak merobohkan kuil tersebut. - Sumber

Daeng : Sejak dua menjak ine makin ramai orang bertindak macam babisawan, kenapa tidak berunding secara hormat, patung tu tuhan mereka, patutnya biar mereka yang mengendalikan, lagipun "biar mereka dengan agama mereka" nak buat baik tapi akhirnya kita sendiri terpalat..







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
DBKL Roboh Kuil : Tiada Notis Punca Salah Faham Daeng Selili Rating: 5 Monday, 2 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!