Wednesday, 25 September 2013

Cubaan Seludup Abu Penjenayah Ke Malaysia

Dua Lelaki Ditahan Kerana Disyaki Membawa Abu Bangkai Mayat Chin Peng ke Malaysia..

Sumber Gambar NSTP [Danial Saad]

BALIK PULAU: Polis telah menahan dua lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, malam Selasa.


Mereka dipercayai membawa abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dari Bangkok.

Polis turut merampas dua bagasi yang dipercayai mengandungi abu mayat Chin Peng.Dua lelaki itu yang dipercayai berusia sekitar 40-an, ditahan kira-kira pukul 10.30 malam.

Pesawat Thai Airways yang dinaiki mereka tiba pada pukul 9.55 malam.
sumber berita : mstar
Sumber Gambar NSTP [Danial Saad]

Daeng : Hidup susahkan orang, Mati pun menyusahkan orang....




Dua lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng....Individu berkerakyatan Thailand dan warganegara Malaysia dari Pulau Pinang tersebut ditahan malam tadi sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai Airways mendarat.

Kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bersama pegawai tertinggi di peringkat pusat....Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asst Komisioner Nasir Salleh, Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superitenden Mohd Hatta Mohd Zain dan Ketua Polis George Town Asst Komisioner Gan Kong Meng.

Kira-kira jam 9.55 malam tadi, kelihatan kehadiran anggota polis yang ramai dikawasan ketibaan lapangan terbang termasuk anggota berpangkat atasan menimbulkan spekulasi bahawa kedua-dua individu yang ditangkap cuba untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara.

Menurut sumber polis, kedua-dua individu tersebut juga menghadiri majlis pengkebumian Chin Peng di Thailand dan membawa beberapa barang kenangan berkaitan bekas pemimpin komunis tersebut.

Rakyat tempatan yang ditahan dipercayai adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Cubaan Seludup Abu Penjenayah Ke Malaysia Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 25 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!