Friday, 6 September 2013

Chin Peng Mahu Kuburnya Di Malaysia?

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan cadangan untuk membenarkan kepulangan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini hanya akan 'melukakan hati' rakyat.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, pengkhianatan Chin Peng dan kekejaman komunis sehingga menyebabkan rakyat hidup menderita serta ribuan menjadi korban semasa zaman darurat tidak boleh dilupakan.

"Kita berpendapat bahawa tangan Chin Peng ini berlumuran dengan darah rakyat Malaysia, bukan sahaja Melayu, tetapi Cina, India dan lain-lain.

"Banyak hati yang akan terluka sekiranya kita membawa balik atau membenarkan Chin Peng pulang," katanya pada sidang media di sini.

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini meminta kerajaan supaya membenarkan Chin Peng dan anggota PKM yang dilarang memasuki negara ini untuk pulang ke tanah air dan berkata waris keluarga yang dizalimi pengganas komunis akan memaafkan mereka.

Gesaan Karpal itu dibuat selepas bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas Yuen Yuet Leng, membuat kenyataan sama seperti dilaporkan media sebelum ini.

Zulkifli berkata sekiranya Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, bekas pemimpin PKM itu masih perlu dibicarakan atas kesalahan dan pengkhianatannya sebelum ini.

Turut hadir pada sidang media itu Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.


Mengulas mengenai kenyataan kontroversi Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi yang menggesa Najib supaya meletak jawatan, Ibrahim berkata Perkasa telah memberi amaran keras kepada beliau.

Ibrahim menegaskan kenyataan Irwan adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian yang diambil oleh Perkasa. - BB

Daeng :
Komunis tidak pernah mengaku kalah, mereka hanya meletak senjata, now nak kasi kepala pengkianat masuk dalam negara?! Karpal Singh pon aku was-was siapa dia? 




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Chin Peng Mahu Kuburnya Di Malaysia? Daeng Selili Rating: 5 Friday, 6 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!