Wednesday, 18 September 2013

Chin Peng Bukan Perjuang : Serangan Komunis Bukit Kepong



"Saya lihat bayi rentung"
Pengalaman mengutip cebisan tubuh yang dibakar pengganas komunis di Bukit Kepong bersama Dato’ Onn Jaafar menyebabkan ada menitis air mata sehingga kini.


KETIKA kejadian awal pagi Isnin, 23 Februari 1950 itu, dia bernasib baik kerana gilirannya mengawal Rumah Pasung Bukit Kepong baru berakhir. Empat anggota baru Home Guard atau Pengawal Kampung mengambil tugas di keliling balai itu.

Antara mereka ialah anak saudaranya, Samad Yatim yang juga Auxillary Police atau Polis Bantuan. Dinihari itu mereka agak bingit mendengar bunyi mercun sempena Tahun Baru Cina yang disambut masyarakat Tionghua berdekatan balai itu.

Tanpa disedari, itulah hari terakhir mereka dapat menyaksikan suasana malam kerana tepat pukul 5 pagi, balai itu diserang hendap. Selepas subuh, dia tidak menyangka kawasan balai tersebut bertukar menjadi padang jarak padang tekukur. Klik : [Artikel Penuh]

SARJAN Jamil (duduk tengah) dan anggotanya mempertahankan balai sehingga titisan darah terakhir.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Chin Peng Bukan Perjuang : Serangan Komunis Bukit Kepong Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 18 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!