Thursday, 19 September 2013

Chin Peng Bukan Perjuang : Abu Mayat Chin Peng Di Makam Pahlawan?!

Mayat Chin Peng akan dibakar mengikut upacara agama Buddha di tokong Wat That Thong, Bangkok minggu depan.

Pembantu bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Paul Chin berkata mayat akan dibawa ke tokong untuk upacara berjaga malam pada Jumaat dan upacara terakhir dijalankan pada pagi Isnin. Ia diikuti dengan pembakaran pada sebelah malam.

Gambar : Kuil wat that thong bangkok thailand

Pemimpin komunis itu meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pagi Isnin. Beliau berusia 89 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mayat Chin Peng tidak akan dibenarkan dibawa pulang ke negara ini.

Paul Chin berkata, Abdullah CD adalah antara ahli-ahli parti dan bekas pemimpin-pemimpin yang akan menghadiri pengebumian.

Sementara itu, pemimpin-pemimpin pembangkang terus merayu kepada kerajaan untuk membenarkan mayat Chin Peng dibawa balik ke kampung halamannya di Sitiawan, Perak.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata: “Perkara lepas biarlah berlalu.

“Jelas sekali rakyat secara umumnya menolak ideologi komunis. Walau bagaimanapun, mendiang Chin Peng akhirnya memilih jalan keamanan selepas gagal mencapai persetujuan dalam Rundingan Baling pada tahun 1955.” - Mstar.



Daeng kata :

Jika kubur mat indera yang ditipu mad sabu komunis, apa akan jadi pada kubur Chin Peng pula?ditempatkan di MAKAM PAHLAWAN pulak lepas tu?!!

Pembangkang ini jangan diberi muka..diberi betis..KOMPOM nak peha..Jika abu mayatnya dibawa kesini tidak mustahil pengikut komunisnya yang masih berkampung di Setiawan akan sentiasa memuja dan mengangung-agungkan ABU MAYAT Chin Peng seolah olah dia masih hidup!

Dah la bukan warganegara Malaysia pun...Nak dihangkut kehulur kehilir buat apa? Lagipun tiada baiknya dan untungnya diarak abu mayat tu kesini!

Tolong jangan LUBANG sikit..RABAK nanti kemudian hari...Memang MCA bersama kerajaan tetapi mesti diingat MCA tidak sepatutnya melolong tidak tentu hala...KERJA MALAS..UPAH MAU LEBIH!!! 

KOMUNIS tidak pernah menyerah kalah, MEREKA hanya menyerah diri!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Chin Peng Bukan Perjuang : Abu Mayat Chin Peng Di Makam Pahlawan?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 19 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!