Wednesday, 18 September 2013

Chin Peng Bukan Pahlawan!!! - Halim Ishak

Persatuan Veteran VAT69 Komando menyelar tindakan sebahagian ahli politik pembangkang yang mengangkat kematian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai gugurnya seorang pejuang negara.

Ahli jawatankuasa persatuan itu, Halim Ishak berkata, biarpun PKM menentang penjajah seperti Jepun dan British, namun PKM mempunyai agenda tersendiri.

Katanya, perjuangan PKM bukan untuk kemerdekaan negara tetapi menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis.

"Agenda mereka sudah jelas. Jika PKM ingin membantu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, mengapa pasukan Polis Hutan turut dibunuh?

"Adakah kumpulan ini perlu diangkat sebagai pejuang negara? Sudah tentu tidak kerana keperitan yang ditanggung oleh ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang tidak dapat digambarkan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang mengangkat kematian Chin Peng sebagai pahlawan.

Mengulas perkara sama, Halim berkata, semua pihak seharusnya menjaga sensitiviti keluarga mangsa kepada kerakusan PKM sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, biarpun bersifat peribadi.

"Sebagai ahli politik, mereka sepatutnya tahu keperitan ditanggung oleh keluarga mangsa terutamanya pasukan keselamatan yang menggadaikan nyawa demi kedaulatan negara.

"Saya berpandangan, golongan ini perlu mengikuti program anjuran Veteran VAT69 Komando supaya beliau boleh 'disekolahkan' semula berhubung sejarah perjuangan pasukan keselamatan," katanya.

Semalam, Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada kira-kira 6.20 pagi kerana sakit tua, sebulan sebelum tarikh ulang tahun ke-89 kelahirannya. Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924.- Sinar Harian







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Chin Peng Bukan Pahlawan!!! - Halim Ishak Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 18 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!