Friday, 20 September 2013

Bintang Tiga dan Chin Peng Bukan Pejuang Pembebasan!

Merujuk kepada tulisan sejarah di blog Jebat Must Die, dan komentar-komentar blogger ulung, Rocky Bru, ingin dipaparkan sejarah pengganas Bintang Tiga atau MPAJA dan Chin Peng yang dinaungi oleh Parti Komunis Malaya.

Hari ini, sebahagian kaum Cina yang satu masa dahulu adalah mangsa pengganas Komunis tiba-tiba memberi penghormatan kononnya mereka adalah pejuang pembebas daripada penjajahan Jepun. Pengakuan mereka ini adalah lemah dan satu pembohongan. Jelas sekali pihak-pihak dalam masyarakat kaum Cina adalah antara 'buta sejarah' atau cauvanis yang memutarbelit fakta.



Pengganas Bintang Tiga dan Chin Peng bukan pejuang pembebasan kerana mereka bukan warganegara tanahair yang mereka mahu bebaskan. Kalau ada kaum Cina yang berstatus 'rakyat', mereka adalah 'British subject' di Negeri-Negeri Selat atau lain kata, rakyat kepada penjajah. Status kebanyakkan mereka adalah pekerja imigren yang dibawa British dari negeri Cina dan India.

Perjuangan Bintang Tiga hanya untuk menyelamatkan diri dari dan melawan kezaliman Jepun ke atas kaum Cina. Semasa itu, negara China dan Jepun sedang berperang.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bintang Tiga dan Chin Peng Bukan Pejuang Pembebasan! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 20 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!