Saturday, 21 September 2013

Bertelagah Sesama Sendiri : Amaran Lokman Adam Benar?! #lokman4nkp

Proses penyerahan borang bagi pemilihan Umno Perak sedikit kecoh apabila timbul masalah teknikal pada awal pendaftaran hari ini. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, masalah yang timbul berikutan kekeliruan sistem pernomboran itu, bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan baik.

"Saya lihat semua berjalan lancar, walaupun ada sikit masalah awal tadi, tapi kita selesaikan dengan cara adik-beradik, cara keluarga," katanya.

Isu timbul apabila dikatakan calon bertanding yang menunggu sejak awal berusaha mendapatkan pencalonan nombor satu sehingga berlaku sedikit perebutan.

Zambry yang juga menteri besar hadir sebagai calon terawal menghantar borang mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Lumut di Dewan Jubli Perak.

Beliau tiba kira-kira jam 8.30 pagi dan menyerahkan borang pencalonan pada jam 8.45 pagi.

Mengulas mengenai pertandingan yang melihatkan beberapa penjuru, beliau berkata, ia adalah hak masing-masing untuk bertanding.

"Saya hanya ikut proses undang-undang yang ditetapkan," katanya.

Semua 24 kerusi ketua bahagian di Perak dicabar kecuali bahagian Lumut yang disandang Zambry. - sinar



Ini status yang ditulis Lokman Adam pada 19/10/2013

Dua hari lagi, dunia akan melihat bertapa hodohnya perangai bakal pemimpin UMNO di kaca televisyen atau setidak-tidaknya di ruang siber. Ini berikutan keputusan pihak pengurusan parti yang memutuskan bahawa nombor calon akan diberikan berdasarkan siapa serah borang pencalonan dahulu.Adalah sangat menghairankan dan sukar difahami kenapa keputusan sebegini rupa boleh dibuat. 

Tidak masuk akal sama sekali, pihak pengurusan atau jawatankuasa pemilihan parti tidak boleh menjangka apa yg bakal berlaku tatkala kaunter pendaftaran pencalonan dibuka jam 8.00 pagi 21hb September ini. Saya menjangkakan, ramai yang akan sampai seawal jam 7.00 pagi dan semuanya akan berebut sebaik sahaja kaunter penyerahan borang pencalonan dibuka. Peristiwa ini sudah pasti akan dirakam oleh media masa dan para blogger, baik dari penyokong kita mahupun pembangkang.

Saya merayu kepada pucuk pimpinan parti agar dapat mempertimbangkan semula keputusan ini. Apa salahnya kita buat pembuangan undi bagi menentukan nombor calon demi memastikan nama baik parti tidak dicemar dengan gelagat yang pasti mengaibkan.

Like Fanpage untuk lihat aktiviti kempen beliau
 LOKMAN ADAM


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bertelagah Sesama Sendiri : Amaran Lokman Adam Benar?! #lokman4nkp Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 21 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!