Thursday, 12 September 2013

Beri Kuasa Tangkap "ORANG BESAR"

Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlukan undang-undang yang lebih tegas dan kuasa dalam penyiasatan untuk bertindak terhadap ketua-ketua sendiket.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Ordinan Darurat (EO) diwujudkan bagi menangani jenayah dan sindiket yang mempunyai ketua-ketua kumpulan, orang tengah dan lain-lain lagi.

"Dalam kes tertentu pihak polis perlu menyiasat dengan cara menaiki tangga, perlu mengambil tindakan yang bawah dahulu kemudian kita dapat maklumat tertentu untuk mengetahui siapa bos diatasnya sebelum pihak polis dapat menumpaskan keseluruhan sindiket.

"Ini satu pekara saya rasa penting dan patut ada undang yang lebih tegas untuk diberikan kepada pihak polis supaya pihak berkuasa dapat menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat kita," katanya pada Wacana Sinar Siri 23 : Polis Hilang Sengat : Apa selepas EO, di Auditorium Karangkaraf, di sini, semalam.

Musa menegaskan, undang-undang konvensional tidak sesuai digunakan untuk mengenalpasti identiti golongan atasan kerana dilindungi pihak-pihak tertentu mengakibatkan penyiasatan hanya mampu dilakukan melibatkan golongan bawahan semata-mata.

"Sekiranya penjenayah diperingkat bawah ini boleh dituduh di mahkamah, pihak polis boleh menggunakan EO untuk mendapatkan maklumat untuk kita menyiasat lebih lanjut.

"Sebab itu jika tiada saksi memberi keterangan dimahkamah maka undang itu digunakan, dalam kes-kes sebegini ia melibatkan jenayah kekerasan oleh sebab itu undang-undang pencegah jenayah ini digunakan." katanya.

Tambahnya lagi, Undang-undang convensional susah untuk digunakan bagi mengenal pasti siapa ketua-ketua mereka. - rakyatnews



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Beri Kuasa Tangkap "ORANG BESAR" Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 12 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!